Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh Siar: 2010/09/23
Oleh Amin Ridzuan Ishak
Ahmad Nawab dedah cerita tak masuk akal
GEORGETOWN: Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab, mendedahkan ada segelintir pihak menceritakan fakta tidak benar mengenai seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, demi kepentingan diri sendiri atau populariti mereka.
Ahmad yang berkawan baik dengan P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Nyak Zakaria Teuku Nyak Puteh selama sembilan tahun, berkata beliau melihat ada perkara tidak benar diceritakan mengenai penghibur luar biasa itu sehingga menyebabkan orang ramai, terutama golongan muda terkeliru.
Malah, seniman ketujuh negara itu menyatakan ada peralatan muzik yang didakwa milik P Ramlee disimpan dalam Rumah Kelahiran dan Galeri P Ramlee di Jalan P Ramlee, di sini, seperti seruling sebenarnya bukan milik P Ramlee kerana Allahyarham tidak tahu bermain seruling dengan betul. Antara perkara tidak masuk akal diceritakan pihak tidak bertanggungjawab ialah P Ramlee mencipta lagu ketika berada di tandas...mana logik perkara itu kerana jika dilihat keadaan tandas pada zaman dulu, manalah boleh buat lagu dalam tempat itu (tandas).
Paling tidak betul adalah dalam buku mengkisahkan riwayat hidupnya oleh seorang warga Singapura. Ada yang cakap P Ramlee guna buluh perindu untuk sedapkan suaranya...mana ada..buluh perindu pun kita tidak pernah lihat, macam mana dia hendak pakai.
Banyak orang sekarang ambil kesempatan terhadap nama P Ramlee dengan mendakwa mengenalinya secara peribadi untuk kepentingan sendiri dan publisiti. Ini perlu dihentikan dan diperbetulkan bagi mengelakkan kekeliruan, katanya selepas menyerahkan gambar peribadinya bersama P Ramlee kepada Galeri P Ramlee di sini, semalam.
Gambar hitam putih yang memaparkan seniman agung negara bersama Ahmad itu diambil ketika mereka mengadakan persembahan jelajah Sabah dan Sarawak pada 1965 dan ia adalah satu daripada koleksi peribadi Ahmad.
Gambar itu diterima oleh Presiden Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Pulau Pinang (GABUNGAN), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, sebelum diserahkan kepada wakil Arkib Negara.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UsahkelirukankisahhidupPRamlee/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan