Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Tarikh: 19 September 2010.
Tulisan: BORHAN ABU SAMAH, borhan.samah@utusan.com.my
SELEPAS menjelajah bersama keluarga selama lima hari di Lampung, penulis menerima undangan daripada gabenor Lampung untuk membuat liputan tentang Pesta Karakatau.
Pesta yang diadakan tahunan itu merupakan acara kemuncak aktiviti pelancongan di Lampung, namun oleh kerana tiada pendedahan oleh media asing ia tidak banyak diketahui.
Pesta berkenaan diambil dari nama gunung berapi yang muncul dari dasar laut dan kini mula meletus dan mengeluarkan laharnya dan menjadikan ia sebagai sebuah pulau yang semakin besar setiap tahun.
Sebenarnya ketika mengadakan jelajah ke Lampung tempoh hari penulis memang berhajat untuk ke gunung berkenaan kerana ia merupakan suatu fenomena alam yang luar biasa.
Bagaimanapun oleh kerana bayaran yang dikenakan untuk menaiki bot dari pantai Anyar atau dari Bakaheni iaitu sebanyak RP3 juta atau kira-kira RM900 menyebabkan penulis membatalkan hasrat tersebut.
Gabenor
Lantaran itu apabila dijemput oleh gabenor untuk membuat liputan Pesta Karakatau, ia bagaikan orang mengantuk disurungkan bantal.
Pada hari pertama membuat liputan itu orang ramai dihidangkan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan tempatan dan cukup hebat dan ia turut dihadiri oleh para diplomat asing yang turut diundang.
Namun fikiran penulis tetap tertumpu kepada Gunung Karakatau yang akan dilawati pada hari kedua sebagaimana yang dinyatakan di dalam program lawatan.
Dari bandar Tanjung Karang iaitu bandar utama di Lampung kami dibawa menaiki bas yang mengambil masa kira-kira satu jam ke Bakaheni dan disana disediakan sebuah kapal untuk membawa para wartawan dan diplomat asing melawat gunung berapi berkenaan.
Oleh kerana menggunakan kapal perjalanan ke kawasan gunung berapi mengambil masa kira-kira tiga jam, berbanding jika menggunakan bot laju hanya mengambil masa kira-kira sejam sahaja.
Selepas menempuh perjalanan yang agak panjang itu, akhirnya dari jauh kelihatan kabur-kabur gunung berapi di tengah-tengah laut yang meletus mengeluarkan asap.
Penulis mengambil kamera dan tidak henti merakam gambar walaupun foto yang dihasilkan kurang jelas kerana ketika itu cuaca agak berjerebu.
Semakin lama semakin dekat dan bentuk gunung berapi yang dikagumi itu semakin jelas dan delegasi rombongan berkenaan berebut-rebut mengambil gambar dan penulis juga tidak mahu melepas peluang mengambil gambar dari pelbagai sudut kerana memang telah lama penulis menunggu peluang untuk merakam gambar fenomena alam yang menakjubkan itu.
Ledakannya yang kecil menjadi semakin besar seolah-olah menyambut kedatangan rombongan kami.
Walaupun dapat mengelilingi gunung berapi tersebut, tetapi penulis agak kecewa apabila pihak penganjur mengumumkan rombongan berkenaan tidak akan mendarat di pulau gunung berapi tersebut kerana hari telah semakin gelap.
Sebenarnya pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilakukan di kawasan berkenaan termasuk bermain di pandai yang pasirnya berwarna hitam atau menyelam bagi melihat keunikan kawasan dasar laut yang pastinya berbeza daripada kawasan lain di dunia.
Karakatau sebenarnya masih aktif dan berada di Selat Sunda antara pulau Jawa dan Sumatra.
Nama ini pernah disematkan pada satu puncak gunung berapi di sana (Gunung Krakatau) yang hilang selepas letusan pada 26 dan 27 Ogos 1883.
Letusan itu sangat dahsyat, awan panas dan tsunami yang diakibatkannya mengorbakan sekitar 36,000 jiwa. Sehingga tsunami pada 26 Disember 2004 , tsunami ini adalah yang terdahsyat di kawasan Lautan Hindia.
Bunyi letupan itu didengar sampai ke Alice Springs, Australia dan Pulau Rodrigues dekat Afrika, 4,653 kilometer. Daya ledakannya diperkirakan mencapai 30,000 kali bom atom yang diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki di akhir Perang Dunia II.
Letupan itu juga menyebabkan perubahan iklim global. Dunia sempat gelap selama dua setengah hari akibat debu gunung berapi yang menutupi atmosfer.
Matahari bersinar redup sampai setahun berikutnya. Hamburan debu tampak di langit Norway hingga ke New York.
Pulau yang wujud kini dikenali sebagai Anak Karakatau yang mulai muncul pada tahun 1927 atau kurang lebih 40 tahun setelah meletusnya Gunung Karakatau
Ketika ini Anak Karakatau mencapai ketinggi 230 meter dan ketinggian itu masih lagi rendah berbanding Gunung Karakatau asal yang mencecah 813 meter dari permukaan laut.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 19 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan