TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 17 September 2010

Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Hanisah Selamat dan Norakmah Mat Youb, bhnews@bharian.com.my

Tarikh: 2010/09/17
GEORGETOWN: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menarik diri daripada meneruskan konsert Hari Malaysia anjuran Kerajaan Pulau Pinang pada 25 September ini, atas nasihat doktor. Sehubungan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keseluruhan konsert berkenaan yang dijadualkan diadakan di Stadium Bandaraya di sini, selama satu jam akan dibatalkan. Katanya, kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan pada saat-saat akhir.



Siti Nurhaliza Tarudin
Penyanyi tak sertai pesta atas nasihat doktor
“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi hormati masalah dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti, ” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd kelmarin dengan disertakan sekali surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Katanya, surat berkenaan memaklumkan Siti Nurhaliza tidak dibenar berjalan jauh atau terbabit dalam sebarang aktiviti fizikal berat termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.
Bagaimanapun, beliau enggan dedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan berkenaan dan menyaran supaya sebarang pertanyaan diaju kepada pengurus Siti sendiri.

Guan Eng berkata, Siti Nurhaliza Productions juga sudah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab atas kerugian ditanggung pihak penganjur ekoran pembatalan itu.

Sementara itu, Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menafikan penyanyi itu menarik diri atas alasan hamil seperti dilaporkan sebuah laman portal berita bahasa Inggeris semalam.

Katanya, rawatan yang dijalani itu tiada kaitan dengan proses mendapatkan cahaya mata kerana ia sekadar pemeriksaan kesihatan biasa malah di dalam surat akuan sekadar menyatakan beliau tidak dibenarkan berjalan jauh atau terbabit dengan sebarang aktiviti fizikal.

“Siti kesal sebaik saja dimaklumkan mengenai spekulasi ini kerana semuanya sudah diterangkan di dalam surat akuan doktor yang dihantar pengurusan Siti, kelmarin. Mungkin ada yang tersalah tafsir malah doktor hanya meminta Siti berehat antara dua hingga tiga minggu.

“Siti sendiri terkilan tidak dapat menjayakan konsert berkenaan. Namun disebabkan nasihat doktor, kami terpaksa akur. Buat masa ini Siti sedang berehat di rumah tetapi seperti dijelaskan ia bukan disebabkan hamil atau rawatan untuk mengandung," katanya ketika dihubungi, semalam.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sititiada_GuanEngarahbatalkonsert/Article

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran