TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 15 September 2010

Buluh Madu

By Idris Talu.
Agak mengherankan juga apabila sebahagian daripada kita dengan mudahnya menerima rebung import yang diawet dengan bahan "pengawet yang tidak dikenalpasti" yang mungkin membahayakan kepada kesihatan badan sendiri, sedangkan rebung segar cukup mudah diperolehi di negara kita.

Kita lebih mementingkan faktor "mudah dan murah" apabila hendak membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk makanan bukan "kualiti dan keselamatan" produk tersebut.

Kini kita sudah mempunyai "buluh madu" yang boleh menghasilkan rebung yang lebih panjang serta lebih enak dimakan.


Benih rebung madu yang dijual.

Mudah untuk ditanam.

Boleh menghasilkan rebung yang lebih panjang.



Photo credit: Kosmo.com.my

Rebung buluh madu -
Lebih panjang daripada rebung buluh yang lain.

Buluh madu.

4 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Selamat Hari Raya, Tn Hj.

Orang di Lipis nih barangkali belum tertarik dengan menanam buluh (madu) sebab di sini buluh kur semangat boleh tahan banyaknya. Buluh aur sepanjang tebing Sg.Jelai dan Sg. Lipis tak termasuk sungai-sungai kecil yang lain. Buluh betong pula terdapat disebelah hulu sungai. Buluh lemang boleh dikatakan disetiap kawasan rumah ada.

Bak rebung buluh (pekasam) boleh dibeli dengan mudah disetiap pekan sari dan pasar tani.

Informasi tuanhaji mengenai buluh madu akan merata tempat juga akhirnya.

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim di Lepih,

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Memang betul amat, di Lepih tingga bawak cebak dengan parang saja. Perdu buluh tumbuh merata.

Dulu, kawan bawak vespa kawan CB 8459 arah ke Penjom, lepas saja batu dua (dulu rumah Cina tokeh Taman Paris, rumah sewa belakang balai polis tu) jenuh dengan perdu buluh. Di kiri kanan Sungai Lepih - pilih saja hok molek-molek, cebak, terus buang kulitnya - masuk ke dalam karung.

Bawak balik ke rumah, potong bersih-bersih, buat jeruk - tahan lama. Kalau pergi pulak kawasan Kuala Medang, kenkawan di sana bagi pulak rebung buluh betung - besar dan manis.

Di belakang rumah kawan di Bukit Residen tu banyak pokok langkap (seakan-akan enau atau kabong - bezanya dengan kabong ialah kabong bersudip macam kelapa, tetapi langkap tidak bersudip, dia berbunga macam pinang - terus kembang).

Umbut langkap manis, tambahan pulak mengambiknya lebih mudah berbanding mengambik umbut bayas.

Maklumat tentang buluh madu boleh juga dilihat di sini:
http://berita-harian-online.com/pulangan-lumayan-buluh-madu/

Sekian dulu tuan haji.

Wassalam.

nsuak berkata...

salam en.idris..saya dari sg koyan raub phg.amat berminat dgn penanaman buluh madu ni.kat mana saya boleh dptkan benih dan berapa agak2nya kos dia.harap en idris dapat beri maklumat.tkasih dan slmt hr raya

Idris Talu berkata...

En. Nsuak dari Sungai Koyan,

Selamat hari raya. Lama sangat saya tidak masuk ke Sg Koyan. Masa saya berulang alik ke Koyan dan Kuala Medang dahulu (1971 ~ 1979), Koyan masih di peringkat baru. Jalan antara Cheroh dengan Sg Koyan, masih banyak hutan rimba lagi.

Mengenai cara penanaman buluh madu ini, bolehlah hubungi Pejabat Pertanian terdekat. Saya kurang pasti, Koyan di bawah Raub atau Lepih.

Antara orang-orang yang berpengalaman dalam penanaman buluh madu ialah seperti berikut:-

1. En. Adnan Osman di Projek Pertanian Moden Lanchang, Pahang. En. Adnan boleh dihubungi di 016-4935395 atau 013-9180248 atau e-mel: nanbamboo@yahoo.com

2. En. Abu Bakar, dari Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang, Kedah. En. Abu Bakar boleh dihubungi di telefon 013-412 2489.

3. En. Yusof Tan, mengusahakan tanaman buluh madu di tanah seluas 0.4 hektar di Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Website yang tuan boleh lihat ialah seperti:-

http://rebungmadu.com/portal/produk-kami/

http://jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com/2009/12/tanaman-buluh-madu-jana-pendapatan.html

Semoga berjaya.
http://idristalu.blogspot.com/

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran