Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh siar: 2010/09/24
SEJAUH mana matlamat dan peranan universiti ditentukan oleh faktor luaran seperti ranking dan pasaran kerja? Apakah impak agenda dan dasar negara terhadap perkembangan universiti di sesebuah negara? Apakah kaedah terbaik untuk memacu bidang pengajian tinggi Malaysia?
Itulah antara persoalan yang sering dibicarakan sejak kebelakangan ini dalam media massa dan sembang sesama intelektual. Malah itulah juga mauduk semeja sepanjang musim hari raya ini setiap kali saya bertemu tokoh pemimpin, ahli korporat dan rakan sarjana. Ada pesimis terhadap pencapaian universiti tempatan dalam liga universiti dunia. Namun, ramai juga yang kritis supaya universiti tempatan perlu mengadun acuan sendiri berdasarkan kepentingan agenda nasional, bukan dibayangi petunjuk dan kriteria global yang sering kali tidak memihak kepada negara kecil seperti Malaysia.
Seminggu lalu, selepas QS World University Ranking 2010 diumumkan, saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak, terutama media untuk mendapat saranan. Apakah kualiti dan standard pengajian tinggi tempatan sudah menurun? Pada 16 September lalu ranking baru dikeluarkan pula oleh Times Higher Education (THE) World University Rankings 2010. Soalan sama turut dikemukakan. Kita terpaksa akur penilaian terhadap institusi pengajian tinggi sentiasa dilakukan pelbagai pihak termasuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi menerusi instrumen rating (bukan ranking) SETARA dan badan profesional.
Semua penilaian ini menjadi antara komponen dalam sistem pengajian tinggi di Malaysia. Selain itu lima Universiti Penyelidikan (UTM, UKM, USM, UPM dan UM) turut dinilai QS sejak 2004. Perkara ini selalu menjadi bualan bahawa tidak sebuah pun universiti di Malaysia tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.
Apakah makna universiti terbaik dunia? Sekadar makluman, sejak awal kewujudan ranking universiti dunia oleh QS sehingga 2009, Harvard menduduki tangga teratas. Pada 2010, giliran Cambridge pula. Apakah kedua-dua universiti berkenaan layak diiktiraf sebagai terbaik di dunia?
Teras kecemerlangan akademik ialah kecemerlangan pensyarah dan mahasiswa. Kecemerlangan akademik inilah mewarnakan komuniti ilmu universiti dengan kesegaran budaya ilmu. Pensyarah di Harvard misalnya ialah tokoh akademik dalam bidang masing-masing. Ketika saya menuntut di Harvard Business School (HBS), semua pensyarah bertaraf profesor dengan latar akademik dan profesional terbilang. Profesor bidang strategi misalnya ialah perunding strategi Apple Corporation, Intel dan kerajaan Amerika Syarikat.
Kejayaan ini berkait rapat dengan laluan kerjaya di universiti berkenaan. Jawatan tetap di HBS hanya profesor. Staf akademik lain iaitu penolong profesor dan profesor madya adalah jawatan sementara secara kontrak. Namun, untuk menjadi penolong pensyarah memerlukan pengalaman sekurang-kurangnya empat tahun sebagai felo penyelidik pasca kedoktoran. Sistem perjawatan ini diamalkan di Singapura dan Korea Selatan.
Bagaimana kaedah terbaik untuk universiti kita lebih cemerlang? Kita perlu bergerak lebih pantas dan memberi impak besar kepada kecemerlangan akademik dengan memantapkan kualiti akademik pensyarah daripada aspek pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perkhidmatan profesional. Laluan kerjaya pensyarah juga perlu mirip kepada universiti ternama dunia, bukan lagi terikat konsep pilih, latih (lanjutkan pengajian PhD), khidmat dan maju jaya.
Persoalannya sejauh mana komitmen melaksanakan program pemantapan kualiti akademik secara komprehensif sekali gus realistik? Sejauh mana pula penerimaan komuniti akademik untuk meningkatkan komitmen melaksanakan misi dan tanggungjawab kesarjanaan? Apakah segala-galanya perlu diumpan dengan imbuhan kewangan dan skim perkhidmatan lebih lumayan?
Jawapannya pelbagai. Namun, secara ideal mesti berasaskan konsep pendidikan dan matlamat universiti kerana universiti sebenarnya komuniti ilmu yang berkumpul untuk memperdalam kefahaman serta penghayatan dan memacu kecemerlangan ilmu menerusi penyelidikan, pengajaran serta penerbitan. Matlamat universiti tidak terungkap secara kebendaan dan diukur dengan petunjuk jangka pendek, sebaliknya bersifat ketamadunan dan pembinaan generasi masa hadapan.
Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan penulis buku Mengangkasa Pengajian Tinggi (2009).
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tingkatakademikpensyarahsetarafuniversititerbaikdunia/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
15 January 2012. KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat. Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yan...
-
Sumber: Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia Bertarikh 6 hb Oktober 1974 Penulis rencana dan gambar: Puan Azah Aziz Pantun-pantun: Allahyar...
-
By Idris Talu Pulang melihat tanah asal leluhur masing-masing memang menjadi impian sesetengah orang. Begitulah juga saya. Datuk ( di...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Jambatan Raja Permaisuri Bainun dibina untuk memudahkan pengguna jalan raya rangkaian Pantai Barat Semenanjung dari Lum...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Kita lihat apa yang terjadi dengan ura-ura hendak membakar Al Quran. Video - courtesy Youtube.
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
2 ulasan:
semoga pensyarah2 di Malaysia terus maju dalam bidang ilmu
En. Tokan,
Terima kasih atas komen itu.
Peningkatan taraf hidup dan keilmuan pensyarah-pensyarah sepatutnya seimbang - supaya mereka juga menikmati kemakmuran yang terhasil dari sumbangan dan usaha keras para pensyarah kita juga.
Catat Ulasan