TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 29 September 2010

Nasi lemak

By Idris Ismail Talu.

Nasi lemak dinamakan sebagai nasi lemak kerana rasanya yang lemak berbanding dengan nasi biasa. Nasi lemak berasa lemak kerana ianya dimasak bersama santan kelapa. Nasi lemak boleh ditanak seperti memasak nasi biasa atau pun dikukus – biasanya dicampur dengan daun pandan untuk mendapatkan bau wanginya.

Ada juga yang memasak nasi lemak dengan dicampur dengan sedikit halia, sedikit daun kunyit atau sedikit daun serai, mengikut kegemaran masing-masing – untuk menambah keharuman bau dan rasa nasi lemak tersebut.

Nasi lemak dijual di gerai.

Lauk untuk nasi lemak berbeza-beza mengikut tempat. Ada yang suka memakannya dengan lauk sambal ikan bilis (paling ramai sukakannya), atau sambal sotong kering, atau sambal sotong basah, atau sambal udang. Kadang-kadang ada penggemar nasi lemak yang menambah kacang tanah goreng, atau telur rebus, atau telur goreng mata kerbau dalam hidangan nasi lemak. Ada juga penggemar nasi lemak menambah sayur tumis kangkong semasa menikmati nasi lemak mereka.

Nasi lemak dijual hampir di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Brunei, serta Kepulauan Riau.

http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

Ummi Humaira berkata...

salam akhi idris...

masih teringat nasi lemak yg dijual kat kampong ummi , sedapnya berbeza sekali dr kt KL ni ,harganya 50sen jer,tp bila di campor 2 bungkus baru ler sama banyaknya dgn yg dijual di sini...

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam ya Ummi Humaira,

Saya pernah menikmati nasi lemak di sebuah kampung di Sungai Petani, sederhana besar bungkusnya, tetapi masih 50 sen.

Dalam hati, saya kurang setuju dengan harga 50 sen, sebab orang berniaga perlu untung untuk terus berniaga - RM1.00 pun masih murah.

Nasi lemak memang sedap jadi sarapan - cuma kalau boleh kawal sedikit kekerapan mengambilnya, sebab kadar kolestrolnya agak tinggi.

Wassalam.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran