TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 5 Februari 2010

Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas Pendita Za'ba Pada 02/02/2010

Kuala Lumpur, 2 Februari 2010
Courtesy: Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan




Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas Pendita Za'ba, ''Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri'' oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Universiti Malaya ada cetusan idea YM Profesor Diraja Ungku Aziz yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan edisi baru buku tulisan Pendita Za'ba, ''Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri''.

Buku ini diterbitkan semula dalam tiga versi iaitu cetakan Rumi, cetakan Jawi dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. "Buku ini adalah hasil pemerhatian Za'ba terhadap salah satu sikap dan perangai orang Melayu yang paling dibencinya, iaitu perangai yang suka bergantung pada orang lain".

Kulit buku Pendita Za'ba yang lama.

Catatan penulis:

Allahyarham Pendita Za'ba mula menulis sekitar tahun 1917 lagi. Pandangan Allahyarham agak kontroversial kepada pembaca-pembaca di waktu itu. Allahyarham yang terbuka mindanya, ingin melihat pembacanya menggunakan minda masing-masing dalam mencari kejayaan dalam kehidupan ini.

Hanya pemikir-pemikir yang hebat seperti Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz yang memahami gagasan Allahyarham. Amat rugilah jika membiarkan permata fikiran Allahyarham Pendita Za'ba terbiar begitu sahaja.


Foto: Muhamad Zulfadli Selamat.
Courtesy: Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran