By Idris Ismail Talu.
Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain di Malaysia, namanya ialah buah mentega atau mentiga. Nama saintifiknya ialah “Diospyros blancoi” – merupakan tumbuhan hutan yang sememangnya berasal dari Malaysia.
Pokok seralat atau mentega ini semakin sukar ditemui mungkin kerana buahnya kurang digemari. Saiz buahnya yang hampir sebesar kepal tangan manusia normal itu berwarna hijau keperangan semasa ianya muda dan bertukar kemerahan bila hampir matang atau masak.
Kulit buahnya mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu miang batang buluh itu – agak menyakitkan jika terkena kulit badan kita. Oleh itu amat elok kita menggunakan sarung tangan apabila memegang buah mentega ini.
Sebelum mengupas kulit buahnya, elok digosokkan kulit buah itu kepada sabut kelapa atau kain lusuh untuk menghilangkan bulu-bulu halus umpama baldu di sekeliling buahnya. Setelah kulitnya bersih dari bulu yang miang itu, elok juga buah tersebut dibasuh dengan air bersih supaya buah mentega kita lebih sesuai untuk dimakan. Selepas itu barulah dikupas kulitnya.
Apabila cukup masak, biasanya buah mentega ini akan gugur sendiri ke tanah. Rasa buahnya yang sudah cukup masak tidaklah berapa manis tetapi agak lemak - hampir sama seperti timun betik atau timun suri. Mungkin kerana itu ianya dinamakan buah mentega. Baunya agak wangi dan sesuai untuk dimakan bersama ice cream.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
By Idris Talu Taman Gunung Lang is one of city attractions in Ipoh. Almost three km from city center, can be reached through Kuala Kangsar ...
-
By Idris Talu We planned to visit an Orang Asli village nearby (almost an hour boat ride). We had a small gathering as induction meeting as ...
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Talu Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru. Sarapan di Johor Bahru. Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Ba...
-
By Idris Talu Kenangan lama semasa belajar di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said di Lenggong. Gambar ini diambil semasa saya dan rakan-ra...
-
By Idris Talu Welcome to Ulu Kenas. Situated in Kuala Kangsar district. We have to take Kuala Kangsar-Manong route to reach there. How to g...
-
By Idris Talu Majlis ini diadakan oleh kawan-kawan serta bos-bos saya semasa di TOMA Perak dahulu. TOMA (Transmission Operation & Mainte...
-
By Idris Talu Peralatan untuk mencerap anak bulan yang digunakan kali ini kelihatannya hampir sama. Pusat-pusat pengajian tinggi yang terdap...


4 ulasan:
salam - saya pun ada tulis buah mentega ini - sebab baru jumpa & makan buat pertama kali tentang buah ini di rumah pak sedara...
selamat menjalani ibadah puasa
Wa'alaikumussalam cikgu Sonata,
Kita sama-sama bertanggungjawab untuk berusaha agar tumbuhan berdaun dan berbuah yang menjadi sayuran dan makanan generasi terdahulu terus dikembangbiakkan di negara kita.
Sayuran seperti sanglang, cemperai, mengkudu, pegaga dan banyak lagi - elok sangat terus ditanam dan dibiakkan.
Begitu juga tumbuhan berbuah seperti jas @ perian, kasai, mentega @ seralat, keranji dan sebagainya - juga dikembangbiakkan, agar generasi kini dan akan datang tahu tumbuhan asal kita. Kini pun telah ada orang kita mengatakan pokok kasai berasal dari Brazil!
Wassalam.
Dimana nak cari buah nii... area kl.. klu ada pos laju pun ok jg.. emel sy, norlis.mh@gmail.com thanks.
Dimana boleh dapat buah ni? Area kl. Klu ada sy nak beli. Boleh pos saja.. norlis.mh@gmail.com
Catat Ulasan