By Idris Talu
Semasa berhari raya di Lenggong dan Gerik baru-baru ini, dalam perjalanan balik ke Ipoh, penulis dan keluarga singgah di beberapa tempat.
Penulis mengambil jalan lama melalui pekan Lenggong, melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Said (dulu dikenali sebagai SMDA). Di tepi sungai di Kampong Chain (disebut "ca in", bukan macam menyebut chainsaw). Kalau ejaan jawi, cha alif amzah ain ya nun. Kalau penulis silap, harap ada yang boleh betulkan.
Surau lama Kampong Chain ini banyak sejarahnya. Menurut arwah Pak Tinggi penulis (orang Patani di Kampong Teluk Batu, Kampong Bukit dan Kampong Masjid Lama, Lenggong; banyak pakai gelaran Pak Tinggi dan Pak Rendah) - ramai orang Melayu yang jadi mangsa Bintang Tiga semasa Bintang Tiga meraja-lela dulu, dimandikan di dalam sungai di tepi surau tersebut, dikapankan dengan tikar sahaja dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Ramai anak-cucu mangsa-mangsa tersebut yang sudah lupa peristiwa berdarah dahulu, kerana malas nak ambil tahu, segan membaca, atau lena dengan hedonism. Biasanya orang yang lupa pada sejarahnya akan mengulangi sejarah orang yang terdahulunya. Noktah!
Di tepi sungai tersebut, penulis terlihat sebuah gerai jualan menjual buah-buahan. Kali ini nampaknya musim timun betik atau timun suri yang lembut dan lazat itu di Lenggong. Penulis membeli beberapa kilogram untuk dibawa balik ke Ipoh.

Pisang kebatu @ abu @ kepok memang sedap digoreng atau direbus, dipotong kecil, dicampur parutan kelapa serta sedikit gula dan garam - cukup menyelerakan. Itu hidangan rakyat biasa di kampong semasa penulis kecil dahulu. Kadang-kadang dibuat getok seperti getok ubi kayu, tetapi tak perlu digoreng seperti yang banyak dibuat orang sekarang.
Banyak juga timun betik di Lenggong ini. Timun ini cukup sesuai dimakan oleh warga tua kerana kelembutan isinya yang wangi dan mudah dihadamkan.
Sebagaimana biasa, sebahagian buah tempatan kurang diminati, pada hal semua buah yang ada di dunia ini adalah rezeki kurniaan Allah yang mempunyai kebaikan tertentu untuk manusia dan makhluk lainnya. Coba kita lihat resepi orang Amerika yang berkaitan dengan buah labu. Ramai di antara kita melihat buah labu dengan ekor mata sahaja. Arwah P Ramlee kata tengok takda mata.
Tiba di Hentian Sungai Perak Arah Selatan, kami singgah lagi untuk bersembahyang dan menegok minuman di Rawat dan Rehat ini. Gambar di bawah ialah menara peninjau (observation tower) yang agak baru disiapkan. Dari atas menara ini, pelancong boleh melihat pemandangan indah di sekelilingnya - termasuk Sungai Perak yang penuh sejarah yang mengalir di sisinya.
Selain gerai makanan dan minuman, R & R ini juga menyediakan tandas yang besar dan bersih, ATM, surau untuk beribadah, gerai buah-buahan segar, gerai parang dan pisau untuk berkebun, gerai produk Orang Asli (ada orang tiruan kah?) serta menara peninjau. Yang tidak ada cuma gerai menjual akhbar dan buku - mungkin orang kita ingat makanan untuk perut sahaja, makanan minda tak payah kut?

Pintu masuk ke R & R Sungai Perak Arah Selatan.
Kurang bijak rasanya - di musim perayaan ini, di mana jumlah kenderaan di jalan raya bertambah berkali-kali lipat gandanya, tempat letak kereta pula dijadikan gerai jualan.
Lebuhraya raya kita kelas dunia, R & R kita kelas dunia, tempat letak kereta kita kelas apa?
Seolah-olahnya seperti orang beristeri cantik, berumah cantik, berbilik air cantik, bertandas cantik, tapi melepas di bawah pokok betik di tepi verandah. Betul-betul unsangkarable! (tidak disangka-sangka).
Gerai jualan di tempat letak kereta R & R Sungai Perak Arah Selatan di musim raya puasa lalu.
Really unsangkarable!
Really unsangkarable!
Akhirnya, penulis dan keluarga selamat sampai ke rumah di tepi bangunan cantik ini, walau pun agak merangkak dari R & R Sungai Perak lagi kerana jumlah kenderaan di atas jalan cukup banyak. Syukur ke hadrat Illahi kerana selamat pergi dan selamat kembali.
©IdrisTalu@2009
2 ulasan:
salam tuan haji, Cikgu Hasbullah itu member lama tuan haji ker? bekas cikgu saya dah bergelar datuk, dengar certa berkerja dengan TPM sekarang.....
Wa'alaikumussalam,
Begitulah - sahabat lama. Seorang yang begitu komited kepada kerjanya. Saya tak terikut dengan gaya kerjanya, dia boleh terlena atas keyboard pc, terjaga boleh sambung kerja terus.
Dialah yang bagi semangat kepada saya dan arwah Cikgu Nasa supaya belajar komputer dalam tahun 80an dulu. Kalau tidak, saya masih alergik lagi dengan komputer.
Kalau saya tidak ada halangan besar, saya akan hadir ke majlis dia.
Kita tumpang bahagia tengok sahabat-sahabat kita berjaya dalam career masing-masing.
Wassalam.
Catat Ulasan