TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 3 September 2009

Pasar Tani - Ipoh

By Idris Talu


Pagi Sabtu, biasanya penulis dan isteri ke Pasar Tani, mencari sayuran dan buah-buahan kampong yang tidak boleh diperolehi di pasar biasa atau di pasaraya. Contohnya, ulam pucuk putat, ulam pucuk gajus, buah kundang, pisang yang masak alami, tidak perlu bahan kimia.

Ubi yang kelihatan di bawah ini, di Perak disebut ubi sengkuang (kalau tak silap penulis, di Sumatra disebut bengkuang).

Biasanya ubi sengkuang diricik halus sebagai campuran rojak buah. Ianya juga enak dimakan bersama sos yang sesuai. Boleh dibuat sayur dengan dicampur daging atau ikan.


Keladi lambuk yang cukup special ini - boleh dibuat ulam mantah, dilawankan dengan sambal kelapa. Payah nak diceritakan kenikmatannya.

Dibuat sayur lemak atau sayur asam juga nikmat rasanya.


Penulis pun tidak tahu kenapa ianya dinamakan ikan curi. Ikan curi biasanya ditanggok dengan jaring halus di Tasek Chenderoh di Kampong Raban, Kuak dan sekitarnya. Ianya boleh digoreng atau dimasak lemak cili api.


Ikan curi juga sedap dibuat pais (di Sumatra disebut palai, contohnya palai bada di Maninjau atau Singkarak). Di sebelah pais itu ialah ikan curi yang telah digoreng rangup.


Ikan masin - sedap digoreng begitu saja atau dicampur dengan masak lemak cubadak (nangka muda). Masak lemak dengan terong bulat pun sedap juga. Mak mentua jalan di belakang, gerenti tak nampak punya!

Tetapi, orang kata beli ikan masin tak boleh tawar. Sebab kalau dah tawar ianya bukan ikan masin lagi, dah jadi ikan tawar - kata oranglah.

Ikan masin


Pasar tani di Ipoh.


Pasar tani Ipoh



©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran