TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 14 September 2009

Kelamai dan Kantau - Muncul Semula

By Idris Talu

Pada 13 September 2009, anak penulis, Angah memberitahu sudah ada orang menjual kelamai di jalanraya persekutuan (jalan lama) antara Gopenhagen (Gopeng) dengan Kampar - dekat Gunung Mesah. Angah sudah belikan sebatang untuk abahnya.

Lepas sembahyang Zohor, 14 September, penulis bersama isteri (bukan is three, sebab penulis punya satu sahaja) pergi melihat-lihat orang Rawa (Rao) berjualan kelamai di sekitar Gunung Mesah. Seperti biasa, kamera "kocik" itu tip-tap, ambil gambar - anak penulis kata, macam Red Indian dapat senapang - asyik nak menembak saja. Bila dia jumpa Red Indian tak tahulah penulis.

Jadi, di bawah ini ialah hasil "pemburuan" penulis mencari kelamai petang tadi.

Kelamai dimasak dalam buluh yang juga bernama "buluh kelamai".

Jualan kelamai di Kampong Gunung Mesah, Gopeng.

Penjual kelamai di pondok jualannya di Kampong Gunung Mesah, Gopeng.



Dalam bambar di bawah, kelamai bersama buah kantau (enau).



Sebok juga jalan persekutuan antara Gopenhagen dengan Kampar ini.



Kelamai - cukup enak buat penggemarnya.



Yang di dalam bekas pelastik itu ialah isi buah kantau yang telah direbus. Iannya perlu dimasak lagi sebelum boleh dimakan bersama air gula. Air gula perlu dimasak secara berasingan, apabila telah sejuk, baru dicampur dengan buah kantau untuk dimakan.






Inilah "ghopanya" (sebutan orang Perak untuk "rupanya") pokok kantau atau enau dengan buahnya yang bertandan-tandan itu. Sesiapa yang pernah menolong saudara-maranya memproses buah kantau dari buah segar sehingga menjadi seperti yang berada dalam pelastik yang tergantung itu - tahulah kepayahannya atau kesusahannya mengerjakannya.

Kampong Gunung Mesah mempunyai banyak dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, pulasan, langsat, duku, cempedak, nangka dan berbagai jenis buah lagi. Namun begitu sudah banyak dusun (orchard) sudah ditinggal tuannya, kerana merantau ke sana-sini.

Pada masa ini, durian di sini sudah mula berbunga. Tiga atau empat bulan lagi, meriah pula kawasan Gunung Mesah ini dengan durian dan buah-buahan lainnya.


Setelah tiba di rumah, penulis buka buluh kulit kelamai tadi. Inilah rupanya isi kelamai yang berada di dalam buluh itu. Warnanya kehitaman.

Kepada yang baru hendak mencoba makan kelamai, semasa membelinya, minta tolong penjual kelamai itu yang membukanya. Kalau tak tahu teknik membukanya, seksa dibuatnya.



Kelamai yang sudah siap dipotong, sedia untuk dimakan.





©Idristalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran