TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 1 September 2009

Dato' Haji Umar bin Haji Ismail

By Idris Talu


Bagi kebanyakan murid tua Sekolah Menengah Dato' Ahmad Lenggong (SMDA - 60an dan 70an), ramai yang masih ingat dengan bekas guru mereka ini. Kepada murid-murid tua Sekolah Kebangssan Gua Badak, pasti ingat dengan beliau. Beliau pernah mengajar di sekolah rendah ini sebelum bertukar ke SMDA. Beliau yang dimaksudkan ialah Dato' Haji Umar bin Haji Ismail, bekas guru yang terjun ke dalam arena politik.

Pernah menjadi wakil rakyat dan pernah dilantik menjadi speaker DUN Perak. Semalam, 1 September 2009, selepas mendapat maklumat penulis pergi menziarahi beliau di Ipoh Specialist Centre (ISC). Walau pun sedang menerima rawatan, Dato' Haji Umar tetap seperti biasa, ramah dan rancak perbualannya.



Kepada bekas-bekas pelajar beliau yang mungkin sudah lama tidak berjumpa dengan beliau, bolehlah melawat beliau yang masih menerima rawatan di ISC Ipoh. Kita doakan semoga Dato' cepat sembuhnya.

©Idristalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran