Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Nurhayati Abllah
Tarikh: 2010/08/25
IPOH: Program Semarak Ramadan Berita Harian diteruskan lagi ke Perak apabila tetamu termasuk 200 anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Indah, Ampang, di sini, malam semalam.
Program anjuran bersama Berita Harian, Kumpulan AmBank serta beberapa penaja seperti Padi Beras Nasional Bhd (BERNAS), Yusuf Taiyoob dan MKT Link Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu meraikan lebih 150 kariah surau berkenaan dan penduduk sekitar Taman Desa Indah selain kira-kira 15 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia.
Pada majlis itu wang tunai dan beras, kurma, sabun pencuci dan biskut disumbangkan kepada surau dan rumah anak yatim berkenaan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata MBI berasa bertuah kerana terpilih untuk bersama Berita Harian dan AmBank menjayakan program Semarak Ramadan yang julung kali diadakan di Perak.
Katanya, sumbangan itu pastinya menggembirakan pihak surau dan anak yatim serta pengurusan rumah berkenaan kerana dapat meringankan beban mereka.
Saya mengharapkan lebih banyak sumbangan seumpama ini dapat diberikan pada masa depan, katanya berucap pada program berkenaan di surau itu, malam tadi.
Hadir sama Pengarah Hal Ehwal Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali; Pengurus Besar AmIslamic Bank, Datuk Zainal Abidin Mohamed; Pengarang Berita, Berita Harian, Mutazar Abd Ghani; Ketua Biro Berita Harian Perak, Jalal Ali Abdul Rahim; Pengerusi Surau Al Hidayah, Zulkifli Ahmad dan Pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia, Norhayati Saad.
Sempena program itu, Kumpulan AmBank memberi sumbangan RM3,000 kepada Surau Al Hidayah dan RM1,000 kepada Rumah Anak Yatim Baitul Mubaroqah Rapat Setia yang disampaikan oleh Syed Anuar.
BERNAS pula menyumbang 50 kampit beras, Yusuf Taiyoob menyumbang kurma, MKT Link menyumbang sabun pencuci dan Hotel Heritage Ipoh menyumbang biskut kepada surau dan anak yatim.
MBI pula menyediakan jamuan berbuka puasa dan memberikan duit raya kepada kesemua anak yatim yang disampaikan Roshidi yang turut mengumumkan sumbangan MBI sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Surau Al Hidayah.
Terdahulu pada sebelah petangnya, Roshidi bersama Syed Anuar, Mutazar serta kakitangan Kumpulan AmBank mengadakan lawatan ke tapak Bazar Ramadan Rapat Setia dan mengagihkan apron sumbangan Petronas Gas Bhd serta topi dan barangan daripada Kumpulan AmBank kepada peniaga bazar Ramadan itu.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/200anakyatimdiraikan/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 26 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
By Idris Talu Taman Gunung Lang is one of city attractions in Ipoh. Almost three km from city center, can be reached through Kuala Kangsar ...
-
By Idris Talu We planned to visit an Orang Asli village nearby (almost an hour boat ride). We had a small gathering as induction meeting as ...
-
By Idris Talu Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang penulis hormati dan kagumi kerana keilmuannya, kediplomasian beliau, dan dedika...
-
By Idris Talu Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru. Sarapan di Johor Bahru. Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Ba...
-
By Idris Talu Kenangan lama semasa belajar di Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said di Lenggong. Gambar ini diambil semasa saya dan rakan-ra...
-
By Idris Talu Welcome to Ulu Kenas. Situated in Kuala Kangsar district. We have to take Kuala Kangsar-Manong route to reach there. How to g...
-
By Idris Talu Majlis ini diadakan oleh kawan-kawan serta bos-bos saya semasa di TOMA Perak dahulu. TOMA (Transmission Operation & Mainte...
-
By Idris Talu Peralatan untuk mencerap anak bulan yang digunakan kali ini kelihatannya hampir sama. Pusat-pusat pengajian tinggi yang terdap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan