TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 11 Ogos 2010

Mas Cotek - Ficus deltoidea

By Idris Ismail Talu

Mas Cotek - Ficus deltoidea.

Mas Cotek atau nama sebenarnya “Emas Cotek” merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak digunakan dalam pembuatan perubatan orang Melayu. Dalam tradisi perubatan Melayu herba mas cotek ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu mas cotek jantan yang berdaun kecil dan mas cotek betina yang mempunyai bentuk daun besar.

Buah mas cotek.

Mas cotek dikenali dengan nama saintifiknya, Ficus deltoidea adalah merupakan sejenis tumbuhan herba yang sudah lama mendapat perhatian pengamal perubatan tradisional Melayu.



Mas cotek amat digemari kerana khasiatnya herbanya yang dikatakan dapat merawat pelbagai jenis penyakit.

Mas cotek juga dikatakan memiliki pelbagai ramuan yang perlu untuk menjaga kesihatan tubuh badan manusia.



Mas cotek lebat berbuah.

Mas cotek mendapat nama dari kewujudan bintik-bintik halus yang berwarna seperti emas yang boleh didapati pada bahagian permukaan atas setiap helaian daun mas cotek.
Dikatakan terdapat lebih daripada 70 spesis tumbuhan yang tergolong di dalam keluarga ficus deltoidea. Spesis mas cotek yang diklasifikasikan secara saintifik tergolong dalam keluarga Moraceae.

Jenis yang tidak banyak berbuah.

Pokok mas cotek.

Penulis di depan sepokok mas cotek di Pahang.


http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran