TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 9 Ogos 2010

Kayu Manis Malaysia

By Idris Ismail Talu

Betulkah Malaysia mempunyai spesis kayu manisnya yang tersendiri?
Begitulah pertanyaan sebahagian rakan-rakan penulis bila penulis memberitahu bahawa hutan Malaysia mempunyai spesis kayu manisnya yang tersendiri. Malah kulit kayu manis asli Malaysia lebih bermutu tinggi berbanding dengan kulit kayu manis import.

Inilah rupanya daun kayu manis Malaysia yang penulis ambil baru-baru ini dari hutan
di Semenanjung Tanah Melayu.

Daunya tidak panjang, lebih bulat berbanding yang terdapat di Indonesia.

Sebahagian dari daun kayu manis Malaysia.

Yang menjadi persoalan kepada kita, kenapa pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian tidak membaikpulih spesis kayu manis Malaysia ini sampai terkenal sebagai salah satu produk hasil Malaysia.

Kenapa agaknya tidak ada penyelidikan dibuat untuk menanam kayu manis Malaysia secara yang lebih ekonomi - contohnya ditanam secara perladangan. Atau mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Malaysia tercinta ini memiliki spesis kayu manis yang terhebat ini?

Pucuk mudanya kemerah-merahan.

Pucuk muda kayu manis Malaysia.

Pucuk muda yang keluar dari batang induknya.

http://idristalu.blogspot.com/


2 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum En Idris

mukin suatu hari nanti, kita pengeluar kayu manis yg terkenal
Insyaalah

Wassalam

Idris Talu berkata...

En. Rozali,

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sama-samalah kita berdoa agar ianya berlaku. Bila saya lihat pokok kayu manis yang sudah terlalu tua dan mati begitu sahaja di dalam hutan, saya rasa ianya menjadi kerugian kepada kita kerana tumbuhan kurniaan Allah kepada kita itu, tidak kita manafaatkan.

Wassalam.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran