Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Hazwan Faisal Mohamad, bhnews@bharian.com.my
Tarikh: 2010/08/27
Formaldehid dalam ikan punca kanser
SERDANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta alat pengesan bahan pengawet formaldehid dalam ikan dan makanan laut yang hanya mengambil masa 10 minit berbanding kaedah konvensional sehari.
Penyelidiknya, Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata, alat menggunakan teknologi biosensor berperantarakan enzim menggantikan penggunaan sedia ada membabitkan analisis pakar di makmal.
Katanya, keputusan yang diperoleh tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid antara 0.1 hingga 20 bahagian perjuta (bpj) dalam produk makanan yang diuji.
Sehubungan itu, katanya, penemuan tersebut memudahkan agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat pemeriksaan.
“Pengawasan itu sekali gus memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang,” katanya pada sidang media mengenai penyelidikan pantas mengesan penggunaan formaldehid dalam ikan dan makanan laut di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM, Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh yang juga ketua penyelidik.
Dr Fatimah berkata, harga peralatan itu bergantung kepada pengilang yang mengeluarkannya tetapi purata harga satu kit bio sensor RM50 dan boleh digunakan selama 60 kali.
“Namun ia masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu syarikat berminat memasarkannya,” katanya.
Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, papan lapis dan pengawetan tisu spesimen.
Kajian mendapati tahap penggunaan bahan itu dalam ikan dan makanan laut yang selamat tidak melebihi lima bpj dan di Amerika Syarikat ia menjadi toksik apabila mencapai kadar 20bpj.
Formaldehid berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit barah paru-paru, otak dan leukemia.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UPMciptaalatkesanpengawet/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitk...
-
By Idris Talu Buku "Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu". Buku ini ditulis oleh Prof. Dr. Kang Kyoung Seock, dari...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Pada musim kering dan panas begini - yang dijangkakan akan berakhir sekitar bulan May nanti, alangkah enaknya di waktu ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan