TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 17 Ogos 2010

Limau purut

By Idris Ismail Talu

Limau purut merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan orang Melayu sejak dahulu lagi. Air perahan limau purut telah lama digunakan bersama santan cair untuk membersihkan rambut wanita Melayu sejak sekian lama sebelum syampu rambut ditemui di Barat.

Daun limau purut sering digunakan sebagai perencah utama dalam pelbagai masakan tradisional Melayu. Orang Melayu di Selatan Thai pula mempelopori masakan masam manis seperti tomyam yang menggunakan air perahan limau purut beserta daunnya sekali.



Entah kenapa limau purut juga dikenali sebagai kaffir lime, merupakan tanaman yang memang berasal dari kawasan Indo China, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Anak-anak limau purut yang telah dicantumkan - untuk memendekkan tempoh masa pokok limau tersebut untuk berbuah.

Sepohon limau purut yang berbuah lebat, dipamerkan di Agrofest Perak 2010, di Ladang Infoternak, di Sungai Siput Utara, yang baru berlalu.

http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran