TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Agrofest Negeri Perak 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agrofest Negeri Perak 2010. Papar semua catatan

Selasa, 17 Ogos 2010

Limau purut

By Idris Ismail Talu

Limau purut merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan orang Melayu sejak dahulu lagi. Air perahan limau purut telah lama digunakan bersama santan cair untuk membersihkan rambut wanita Melayu sejak sekian lama sebelum syampu rambut ditemui di Barat.

Daun limau purut sering digunakan sebagai perencah utama dalam pelbagai masakan tradisional Melayu. Orang Melayu di Selatan Thai pula mempelopori masakan masam manis seperti tomyam yang menggunakan air perahan limau purut beserta daunnya sekali.



Entah kenapa limau purut juga dikenali sebagai kaffir lime, merupakan tanaman yang memang berasal dari kawasan Indo China, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Anak-anak limau purut yang telah dicantumkan - untuk memendekkan tempoh masa pokok limau tersebut untuk berbuah.

Sepohon limau purut yang berbuah lebat, dipamerkan di Agrofest Perak 2010, di Ladang Infoternak, di Sungai Siput Utara, yang baru berlalu.

http://idristalu.blogspot.com/

Orchids of Perak

By Idris Ismail Talu

Perak memang cukup terkenal pengeluaran orkidnya. Banyak ladang-ladang orkid yang terdapat di negeri Perak yang mengeluarkan orkid untuk memenuhi pasaran tempatan dan permintaan di luar Perak.

Gambar-gambar di bawah, penulis ambil di Pesta Agrofest Perak di Ladang Infoternak di Sungai Siput Utara baru-baru ini.










http://idristalu.blogspot.com/


Kayu Malaysia

By Idris Ismail Talu

Kayu Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. Pengiktirafan oleh "Forest Stewardship Council" (FSC) keatas beberapa syarikat berkaitan kayu di Malaysia merupakan suatu pengiktirafan peringkat antarabangsa kepada syarikat-syarikat kayu dari Malaysia.

Pengiktirafan tersebut membolehkan produk berasaskan kayu Malaysia dengan megahnya berbaris sama tinggi dengan produk-produk kayu dari negara-negara maju.

Produk kayu yang dipamerkan di Agrofest Perak 2010.

Keistimewaan hasil kayu Perak.

Cukup indah.

Kesenian yang tersendiri.

Senibina berasaskan produk kayu Malaysia.

http://idristalu.blogspot.com/


Isnin, 16 Ogos 2010

Dodol Di Agrofest Negeri Perak

By Idris Ismail Talu.

Dodol merupakan sejenis makanan tradisi orang Melayu sejak sekian lama. Pada masa dahulu dodol hanya boleh di dapati semasa musim perayaan, tetapi kini dodol boleh dibeli pada setiap masa. Kini dodol bukan sahaja digemari oleh orang Melayu, malah oleh semua kaum di Malaysia.

Jika dahulu dodol disimpan di dalam upih pinang yang telah dikeringkan, kini telah terdapat pelbagai jenis alat atau bekas yang sesuai untuk menyimpan dodol yang telah siap diproses.

Dodol juga boleh proses dengan dicampur beberapa jenis buah-buahan seperti durian dan nenas.

Pada masa dahulu, untuk memasak dodol memerlukan lima atau enam jam, barulah siap proses memasak dodol. Jika memasak dodol dilakukan dalam bulan Ramadhan, ianya dimulakan selepas solat tarawih dan hanya akan selesai selepas solat Subuh - hari telah hampir siang.

Kini telah tercipta pelbagai alat untuk memudahkan proses memasak dodol. Hanya dengan menggunakan sejenis alat motor untuk memutarkan pengacau yang mengacau dodol secara perlahan tetapi terus menerus, tanpa henti sehingga dodol cukup pekat dan siap untuk dibekukan di dalam bekas-bekas yang sesuai.

http://idristalu.blogspot.com/



Khamis, 5 Ogos 2010

Agrofest Negeri Perak 2010

By Idris Talu

Petang tadi, penulis melawat ke Agrofest peringkat negeri Perak di Sungai Siput Utara.



















CLICK NOW

Tajuk Kegemaran