TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 25 Jun 2012

Seri Paduka Yang di Pertuan Agong bangga kejayaan MCKK sedia program Baccalaureate


Arkib 2012/06/23

 
KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang berjaya menjadi sekolah kerajaan pertama menyediakan Program Diploma International Baccalaureate.

Baginda bertitah, kejayaan program itu akan menjadi penanda aras untuk sekolah lain bagi merancakkan bidang pendidikan yang bertaraf dunia.

"Sebelum ini tidak ada sekolah kerajaan yang menyediakan program seumpama ini. Lebih membanggakan lagi semua tenaga kerja program ini merupakan warga kerja tempatan yang terdiri daripada guru-guru MCKK dan guru-guru yang pernah berkhidmat dengan cemerlang di sekolah berasrama penuh dan sekolah harian sebelum ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaiaan Hadiah MCKK 2012 serta merasmikan Kompleks International Baccalaurauete World School, MCKK di sini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Pada 16 Mei 2011, MCKK dianugerahI sijil pentauliahan oleh International Baccalaurreate Organization dan program diploma itu bermula 27 Jun 2011. – BERNAMA

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum

Salam ziarah

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam,

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Semoga bertambah ceria dan berfaedah,

Wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran