TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 20 Jun 2012

Malaysia bina kolej kesihatan di Baitulmaqdis

2012/06/21


KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju menaja pembinaan Kolej Sains Kesihatan bernilai AS$5 juta (RM16 juta) di Institut Antarabangsa Al-Quds, Baitulmaqdis.

Komitmen itu dimaklumkan Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan delegasi Ahli Majlis Institut Antarabangsa Al-Quds, di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.

Kunjungan delegasi 10 anggota menemui Perdana Menteri itu berlangsung hampir sejam yang turut dihadiri Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.

“Pembiayaan itu adalah pencapaian utama delegasi berkenaan yang dijangka menamatkan lawatan Malaysia, semalam. Insya-Allah, kami akan menguruskan untuk dekan kolej itu datang dan menerima cek itu, tidak lama lagi.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri atas waktu berharga bersama beliau dalam pertemuan yang amat berhasil ini,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa Al-Quds dan Ketua Jawatankuasa Hubungan Luar Palestin/Lubnan, Dr Moh’d Akram Al-Adlouni yang mengetuai delegasi itu pula berkata, mereka turut berbincang panjang dengan Najib mengenai keadaan rakyat di Palestin, terutama Baitulmaqdis.

Beliau berkata, Perdana Menteri amat memahami hati nurani dan prihatin penderitaan mereka, malah berjanji berkongsi dengan Kabinet dan rakyat Malaysia, terutama ahli perniagaan, supaya menyokong pembinaan sekolah di Baitulmaqdis.

“Kami menghadapi kekurangan kelas dan sekolah di Baitulmaqdis. Ini semua perkongsian dan sumbangan luar biasa oleh rakyat Malaysia dan kepemimpinan tertinggi Kabinet Malaysia kepada rakyat Palestin... terima kasih banyak-banyak kepada anda semua,” katanya.

Terdahulu, delegasi itu mengunjungi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.




Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran