TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 15 Jun 2012

R & R Sungai Perak Arah Selatan


إدريس تالو
Idris Talu

 Tidak ramai pelanggan - hari kerja biasa.

Keadaan bersih dan nyaman.

Baru-baru ini, penulis sempat singgah di R & R Sungai Perak Arah Selatan (di tepi Sungai Perak). 

Kebetulan semasa penulis singgah, ianya di luar masa puncak - pengguna lebuhraya tidak ramai yang singgah di Hentian Rehat & Rawat ini.

Ada laluan untuk turun ke tepian Sungai Perak, di mana ada dusun buah-buahan (parak langsat, durian dan rambutan).

Laluan untuk turun ke tepian Sungai Perak.

Cycads import menghiasi R & R Sungai Perak. 

Kenapa kita tidak menggunakan cycads Malaysia yang lebih indah bentuk dan rupanya sebagai hiasan? 

Pelancong dari luar negara tidak akan ambil gambar cycads ini untuk dibawa pulang ke negara mereka kerana mereka tahu Taiwan dan Vietnam mengeksport spesis ini beribu-ribu  kontainer setiap tahun ke seluruh dunia (termasuk Malaysia yang punya cycads sendiri yang lebih cantik).

Jika kita mempamerkan cycads Malaysia sendiri, ramai yang akan memotretnya untuk dibawa pulang ke negara mereka sebagai kenangan dengan nama istimewa - Cycads Malaysia.




Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran