TAIPING 17 Jun - Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam
rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk
membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini, ketika
melakukan tinjauan mesra di pasar itu pagi ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh
yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong Datuk Rosli Husin
memohon peruntukan bagi membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100
tahun dan dipercayai tertua di negara ini.
Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin
itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan
peniaga serta orang ramai yang hadir. – BERNAMA
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan