Siti Jarum
Ada orang cadangkan supaya kita mewartakan bahasa Melayu
warisan Malaysia. Kalau lambat nanti ada pula orang yang mendakwa bahasa Melayu
warisan mereka. Mereka itu maksudnya Indonesialah yang tak ada kerja lain.
Asyik nak cari pasal dengan jiran saja.
Walaupun cadangan itu nampak lucu, tapi sikap
kebudak-budakan sesetengah pihak di Indonesia terutama NGO yang tidak berapa
cerdik, perkara ini bukan mustahil berlaku. Bayangkan kalau Indonesia kata
bahasa Melayu itu warisan mereka dan kita sudah martabatkan sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perlembagaan.
Sebelum ini pun bukan ada isu tapi Indonesia mendakwa itu
dan ini semuanya milik mereka. Kalau bahasa Melayu dikatakan warisan Indonesia,
kita pula kena cakap bahasa Belanda yang pernah menjajah Indonesia.
Siti bimbang kes seperti ini berlaku lagi pada masa depan.
Ini kerana di sana ada terutama media suka menjadi batu api menyebarkan
maklumat yang kabur tentang sesuatu isu. Kalau media di sana profesional macam
di Malaysia, kontroversi begini tidak berlaku.
Untuk mengetahui tulisan selanjutnya, sila dapatkan
naskhah Mingguan Malaysia hari ini.
Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Ahad 01 July 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan