إدريس تالو
Idris Talu
Jalan masuk ke kawasan gua Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Pejabat Taman Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Kawasan meletak kereta
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Kawasan gua Kota Gelanggi
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Gerbang alam ciptaan Allah
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda
ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama
kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin,
Kota Jin dan Kota Balai.
Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan
Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia
bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan
Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu
menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti
bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman
purba.
Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa
dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian
Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan
Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di
dalam gua ini.
Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam
iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati
oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah
oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik.
Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut.
Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri
tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin.
Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja
Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul
berkahwin dengan Puteri Gelangi.
Sumber cerita: Portal Rasmi Majlis Daerah Jerantut
Keindahan alam di kawasan gua.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Gua Tongkat
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Jalan sekitar kawasan gua Kota Gelanggi.
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Keindahan gua-gua di Kota Gelanggi
Gambar ihsan Group Jerantut Kg Ku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan