TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 16 Jun 2012

Mania bintang bola


Oleh Rohaniza Idris , roha@bharian.com.my
2012/06/17

10 pemain mashyur: Kemunculan pemain bola sepak popular dinanti peminat Euro 2012

SELEPAS Sukan Olimpik dan Piala Dunia, peminat sukan di seluruh dunia terutama bola sepak cukup menantikan kemunculan empat tahun sekali Kejohanan Bola Sepak Euro.

Tahun ini, Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine dengan nilai keseluruhan RM968 juta (£196 juta). Dengan kos sebesar itu, kejohanan kali ini dikatakan antara yang termahal pernah dianjurkan iaitu RM12 juta melebihi kos pada 2008.
Kejohanan kali ini menyaksikan 16 pasukan negara Eropah bertanding dengan 31 perlawanan berlangsung di lapan stadium masing-masing empat stadium di Poland dan Ukraine.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tujuh daripada 10 pasukan bola sepak utama dunia bertanding dalam kejohanan kali ini. Manakala hanya dua pasukan mempunyai kedudukan yang lebih rendah dalam senarai ranking 30 dengan Poland berada di tangga ke-65

Kejohanan kali ke-14 ini sejak dianjurkan di Jerman pada 1960, menyaksikan pemenang menerima RM37 juta (£7.5 juta) manakala setiap pasukan menerima RM39.5 juta (£8 juta); juara kumpulan menerima RM9.8 juta (£2 juta) dan pasukan layak ke separuh akhir mendapat RM14.8 juta (£3 juta).

Selain tawaran hadiah menarik - aksi, ketangkasan, kelincahan serta jaringan gol akan menjadi tajuk cerita hampir sebulan kejohanan itu berlangsung. Turut mendapat perhatian adalah gelagat dan kemunculan bintang bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) serta nama besar dalam sukan bola sepak dunia.
Antara nama yang mendapat perhatian ramai tentulah kemunculan bintang kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo selain bintang Manchester United dan penyerang England, Wayne Rooney.

Bintang bola sepak itu bukan hanya popular kerana kelincahan dan kehebatan di padang, tetapi turut disenaraikan sebagai pemain yang menerima bayaran paling tinggi sukan bola sepak dunia.

Minggu ini, sempena deman Euro 2012, RONA menyenaraikan pemain Euro 2012 yang menerima bayaran paling tinggi selain beberapa bintang yang amat dinantikan kemunculannya pada kejohanan kali ini.

1. Cristiano Ronaldo - RM116 juta (29.2 juta Euro)

2. Wayne Rooney - RM81.8 juta (20.6 juta Euro)

3. Fernando Torres - RM66.3 juta (16.7 juta Euro)

4. Philips Lahm - RM56.84 juta (14.3 juta Euro)

5. Zlatan Ibrahimovic - RM55.6 juta (14 juta Euro)

6. Bastian Schweinsteiger - RM55.25 juta (13.9 juta Euro)

7. David Silva - RM50.85 juta (12.8 juta Euro)

8. Steven Gerrard, Liverpool - RM46.4 juta (11.7 juta Euro)

9. Franck Ribéry - RM46 juta (11.6 juta Euro)

10. Robin van Persie, Belanda - RM 35.7 (9 juta Euro)

Maklumat selanjutnya di Akhbar Berita Minggu 17 Jun 2012.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran