TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 6 Jun 2012

Suatu Masa Dahulu Ianya Ibu Pejabat Perak Hydro


إدريس تالو
Idris Talu

Sekitar tahun 1950an, syarikat Kinta Electrical Distribution atau KED - menurut sebutan kebanyakan orang Perak di masa itu, merupakan pembekal kuasa elektrik ke hampir keseluruhan negeri Perak Darul Ridzuan.

Sebenarnya KED hanyalah merupakan anak syarikat kepada syarikat induknya yang bernama “Perak Hydro Electric Power Company” atau ringkasnya disebut Perak Hydro sahaja.


Inilah bangunan asal ibu pejabat Perak Hydro yang berdiri setinggi tiga tingkat berhampiran Pejabat Pos Lama, yang juga berhampiran dengan Padang Ipoh. Bangunan ini telah didirikan pada awal tahun 1930an. Kini ianya menjadi milik Tenaga Nasional Berhad.

 Pejabat TNB

Perak Hydro telah ditubuhkan di London dalam tahun 1926 dengan tujuan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik di lombong-lombong bijih timah di sekitar Lembah Kinta dan juga keperluan penduduk tempatan lainnya. Untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik inilah, makanya dibina sebuah empangan yang diberi nama Empangan Chenderoh di Sauk, yang merentangi Sungai Perak di situ.

Negeri Perak Darul Ridzuan kini memiliki empat buah empangan hydro besar, kesemuanya dibina merentangi Sungai Perak, iaitu Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, Empangan Bersia dan Empangan Temengor (yang terbesar), di samping beberapa buah empangan kecil lagi yang disebut “Mini Hydro” di beberapa tempat merentangi Sungai Piah di Sungai Siput dan beberapa tempat lagi di kawasan Tapah.



1 ulasan:

Al-Manar berkata...

Dalam tahun 1970an saya tahu adanya PRHE (Perak River Hydro Electric), salah satu power station yang besar syarikat itu terletak di Malim Nawar,menguna minyak. Mukim sdra Idris lebih ma'alum.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran