Wartawan
Sinar Harian
16 Jun 2012
BUKIT BETONG - Seorang warga emas di sini mampu menjana
pendapatan antara RM520 hingga RM780 sebulan dengan hanya menjual asam
tempoyak.
Usahawan tempoyak, Patimah Aminullah, 64, berkata, dia
sebelum ini membuat asam tempoyak hanya pada musim durian.
“Sebelum ini saya membuat asam tempoyak secara kecilkecilan
pada musim durian dan hanya menjual kepada jiran-jiran serta mereka yang gemar
dengan masakan tersebut.
“Tetapi lama-kelamaan, asam tempoyak saya laris dalam
kalangan masyarakat di sini termasuk bandar Lipis,” katanya, di sini, semalam.
Sehubungan itu Patimah berkata, sambutan menggalakkan itu
menyebabkan suaminya, Wan Jamaluddin Wan Mohamad, 72, mencadangkan dia membuat
asam tempoyak secara komersial
memandangkan banyak permintaan selepas musim buah-buahan.
“Sejak dua tahun lalu, kami memborong durian terus dari
kebun di Kampung Betau, Kampung Kuala Medang, Kampung Tanjong Gahai dan sekitar
kawasan ini.
“Saya bersengkang mata hingga lewat malam untuk memproses
isi durian untuk dijadikan asam,” katanya.
Patimah berkata, isi durian diasingkan sebelum dimasukkan ke
dalam bekas kaca dalam peti sejuk supaya tahan lama sehingga durian berbuah
semula pada musim berikutnya.
“Saya mempunyai simpanan asam tempoyak seberat 2,000
kilogram dalam dua peti sejuk besar di rumah.
“Isi tersebut diasingkan dalam plastik yang diikat kemas dan
disejukkan untuk dijual pada harga RM13 sekilogram,” katanya.
Sumber: Sinar Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan