2012/06/28
FGVH lonjak daya saing negara
PETALING JAYA: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings
Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hari ini adalah kemuncak kepada pembaharuan
strategik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan melonjakkan daya
saing global negara.
Justeru, penyenaraian cabang komersial FELDA itu bukan saja
peristiwa penting kepada peneroka, malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya.
Bagi 112,635 warga peneroka, selain durian runtuh RM15,000
yang diterima menjelang penyenaraian FGVH serta keuntungan modal yang bakal
diraih daripada pegangan saham, pelbagai manfaat lain menunggu mereka.
Antaranya adalah:
Dana amanah itu diberikan 20 peratus pegangan saham dalam
FGVH, antara tiga syarikat perladangan sawit senaraian awam terbesar di dunia
berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham yang bernilai
kira-kira RM3.4 bilion.
Semua manfaat ini adalah hasil titik peluh lebih 30 tahun
warga peneroka memajukan tanah mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad dalam taklimat media, di sini semalam.
Bagi rakyat Malaysia umumnya, walaupun tidak semua meraih
manfaat langsung, penyenaraian FGVH bakal menyaksikannya memainkan peranan
lebih besar kepada pembangunan ekonomi negara menerusi pengembangan aktiviti
perniagaannya.
Penyenaraian FGVH bernilai RM9.93 bilion iaitu kedua
terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook, juga bakal menaikkan profil serta
kepelbagaian pasaran modal tempatan, sekali gus meningkatkan daya tarikan
Malaysia di kalangan pelabur antarabangsa.
Penyenaraian FGVH mercu tanda bersejarah bagi Kumpulan FELDA
dan menandakan permulaan program transformasi yang bakal mencarta hala tuju
kami untuk tempoh 50 tahun akan datang.
Ia juga bermakna Kumpulan FELDA sedia memainkan peranan
lebih besar dalam pembangunan negara. Jika dulu kerajaan membantu peneroka
FELDA meningkatkan taraf ekonomi, kini giliran FELDA pula menerusi pengembangan
perniagaannya, menyumbang kepada negara dan membantu menaikkan taraf hidup
rakyat lain termasuk generasi kedua dan ketiga peneroka, katanya.
Sebagai permulaan, FGVH sudah pun merangka satu program yang
akan menyediakan bantuan kewangan bagi membaiki rumah penduduk miskin di
kawasan pinggir tanah rancangan FELDA.
Kami menyediakan peruntukan kewangan bagi program ini. Ia
adalah antara program tanggungjawab sosial FGVH, katanya.
Untuk bergerak ke depan, Sabri berkata, FGVH akan menumpukan
kepada perniagaan dalam kegiatan huluan industri sawit yang menyediakan
keuntungan lebih tinggi, tetapi pada masa masa terus mengembangkan perniagaan
dalam sektor hiliran sebagai penyokong.
Sasaran kami dalam tempoh dua hingga tahun ini adalah
menjadi syarikat perladangan terbaik. Kami sudah pun menjadi antara yang
terbaik dari segi kadar perahan (OER) minyak sawit serta kegiatan penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Kini kami sedang berusaha meningkatkan kadar hasil
sehektar menerusi penanaman semula menggunakan benih lebih bermutu tinggi,
katanya.
Pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012, FGVH mencatat
keuntungan bersih RM192.16 juta, susut 46 peratus berbanding RM359.05 juta
dalam tempoh sama tahun lalu.
Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan