إدريس تالو
Idris Talu
Siapalah yang dapat menahan seleranya bila melihat
ikan panggang seperti ini?
Pelancong dari Ipoh menjamu selera di sini.
Pelancong-pelancong yang berada di Kota Kinabalu Sabah
biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati makanan laut yang
dipanggang yang banyak terdapat di bandar ini.
Mereka boleh menikmatinya di pelbagai tempat seperti restoran makanan laut yang begitu banyak terdapat di Kota Kinabalu dengan harga yang berpatutan pula.
Mereka boleh menikmatinya di pelbagai tempat seperti restoran makanan laut yang begitu banyak terdapat di Kota Kinabalu dengan harga yang berpatutan pula.
Sotong bakar sebesar lengan anda!
Pelbagai jenis udang!
Namun begitu, biasanya para pelancong lebih suka menikmati pelbagi jenis
makanan laut ini di tempat yang menjadi tumpuan penduduk tempatan,
iaitu “Pasar Filipino” yang terletak di Jalan Tun Fuad, Kota Kinabalu.
Pasar ini berada betul-betul di tepi laut yang indah itu. Suasananya cukup nyaman dengan deruan angin dari laut, sambil kita menikmati makanan segar ini.
Pasar ini berada betul-betul di tepi laut yang indah itu. Suasananya cukup nyaman dengan deruan angin dari laut, sambil kita menikmati makanan segar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan