TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 25 Jun 2012

Kampung Relong Johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri Pahang


ARKIB : 25/06/2012
KUANTAN 24 Jun - Kampung Relong dekat Kuala Lipis muncul johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2012 peringkat negeri selepas menewaskan sembilan buah kampung lain.

Dengan kemenangan itu, kampung berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, manakala tempat kedua dimenangi Kampung Bukit Goh di sini yang meraih RM10,000 dan Kampung Lengkong, Bentong di tempat ketiga (RM10,000).

ADC anjuran Kemas itu akan menilai kampung yang bertanding berdasarkan beberapa kriteria termasuk kepimpinan, pendidikan, kerohanian, ekonomi, kesihatan, teknologi dan keceriaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) di Bukit Gambang Resort di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Kemas negeri, Halimah Ton Mansor.

Sementara itu, Adnan berkata, anugerah yang diberikan oleh Kemas kepada kampung-kampung tersebut merupakan satu pengiktirafan dan semua kampung berpeluang mendapatkannya selagi ada kemahuan untuk membuat perubahan.

"Untuk menjadi desa cemerlang, banyak usaha perlu dibuat bukan sahaja melibatkan pengurusan tetapi keharmonian, ekonomi serta kesepakatan dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Sebab itulah saya mahu desa dijadikan contoh agar budaya harmoni itu dapat diterapkan ke desa lain dan akhirnya menjadi sebuah komuniti yang cukup besar dalam kemajuan," katanya.

Menurutnya, aktiviti itu merupakan salah satu cara yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan sekali gus mengeluarkan mereka daripada masalah kemiskinan.



Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran