KUALA LUMPUR 14 Jun - AirAsia Bhd. (AirAsia) tidak mempunyai
pilihan lain, kecuali berpindah ke KLIA2 apabila terminal baru syarikat
penerbangan tambang murah itu siap sepenuhnya pada April ini.
Sumber berkata, AirAsia tiada alasan kukuh untuk tidak
berpindah kerana pembinaan KLIA2 dibina atas nasihat dan spesifikasi syarikat
penerbangan tambang murah itu.
Lebih kukuh lagi, terminal tambang murah sedia ada sudah
cukup sesak untuk menampung keperluan jumlah penumpang yang semakin bertambah.
"Justeru, apa sahaja alasan AirAsia untuk tidak
berpindah adalah tidak masuk akal," katanya kepada Utusan Malaysia ketika
dihubungi di sini hari ini.
KLIA2 yang dianggar menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9
bilion sudah lebih 65 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya 1 Mei
2013.
Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan