TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 21 Jun 2012

Kontroversi Tor-Tor Mandailing: Kedutaan Besar Malaysia Dilempar Telur


Arkib 20 Jun 2012.

JAKARTA: Sungguhpun telah diberi penjelasan bahawa Malaysia tidak berhasrat untuk mendakwa sebagai pemilik seni budaya tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan Mandailing (Gendang Sembilan Mandailing), media Indonesia terus menghangatkan isu itu dengan dakwaan kononnya Malaysia mahu mencuri kebudayaan itu.

Sekumpulan 20 mahasiswa sebuah universiti di sini pula, pada Rabu, mengadakan tunjuk perasaan dan kemudian melempar sejumlah telur ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan.

Para pelajar Universiti Mpu Tantular itu melemparkan telur dan beg plastik berisi telur ke kawasan depan pintu utama Kedutaan Besar Malaysia, melepasi kepala sejumlah anggota polis Indonesia yang berkawal di hadapan pintu pagar utama.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran