Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung
FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitkan pelaburan RM120 juta, mampu mula meraih keuntungan dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata restoran yang menyediakan hidangan Melayu dan antarabangsa itu beroperasi Mei lalu di tingkat bawah Menara Safwah, bersebelahan Masjidil Haram yang menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.
Beliau berkata, pelaburan besar yang dibuat menerusi anak syarikat, Felda D’Saji Sdn Bhd (Felda D’Saji) untuk membuka restoran dan pemilikan sebahagian ekuiti dalam Hotel Safwah itu diyakini akan memberi pulangan dalam tempoh ditetapkan dengan menyandarkan kepada sambutan yang diterima sehingga kini.
“Kami menjangkakan sambutan lebih menggalakkan terutama daripada jemaah Malaysia menjelang musim haji dan umrah ketika Ramadan yang menjadi bulan tumpuan kehadiran jemaah dari seluruh dunia.
“Felda dan Tabung Haji masing-masing menguasai 40 peratus kepentingan dalam restoran dan hotel berkenaan manakala bakinya oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya selepas merasmikan pembukaan pejabat cawangan Felda Travel and Residence Sdn Bhd (Felda Travel And Residence) di Hotel Felda Residence, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Eksekutif Felda Travel and Residence, S Andrew Francis; Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Faizoull Ahmad.
Pejabat cawangan Terengganu adalah yang ketiga selepas Putrajaya dan Lahad Datu, Sabah.
Pada majlis itu, Mohd Yusof turut mengumumkan penggabungan dua anak syarikat Felda iaitu Felda Travel dan Felda Resorts Sdn Bhd sebagai Felda Travel and Residence sebagai langkah memusatkan pengurusan anak syarikat yang mempunyai persamaan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan.
Katanya, penggabungan dua syarikat itu akan lebih menguntungkan kerana akan wujud sinergi bagi memberikan kelebihan dari segi fokus operasi dan menjimatkan kos pengurusan.
Sumber Berita : Berita Harian
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 20 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Sekali lagi kita akan menikmati keindahan alam di sekitaran Danau Maninjau di Sumatra Barat melalui gambar-gambar yang telah dipotretkan ole...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...
-
By Idris Talu Penulis ingin berkongsi keindahan pohon renik dan juga pohon paku pakis yang banyak tumbuh di sekitar kawasan Cameron Highla...
-
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri, kartika@hmetro.com.my INDUSTRI biomas di Malaysia dijangka mampu memberi platform baru dalam menjana ...
-
By Idris Ismail Talu Bunga siantan ini atau nama botaninya saraca asoka cukup banyak di negara kita. Ianya mudah tumbuh di tepi sungai yang ...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
6 ulasan:
salam ...
ummi baru sahaja makan roti canai di D'saji ( Mekah ) beberapa hari yg lepas , tp sedara ummi yg bertugas di Jeddah belanja kan kami semua...
Wa'alaikumussalam Ummi Humaira,
Alhamdulillah Ummi sudah sampai balik ke tanah air.
Saya kurang pasti di jalan mana letaknya Restoran D'Saji ini, dekat Al Janadariah ke?
Terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Arshad yang memberi keizinan kepada saya menyiar semula gambar dari blog beliau.
Wassalam.
Assalamualaikum Idris Talu
kalau dilihat drp n3 PDKM
memang mampu meraih keuntungan yg dijangkakan
Wassalam
salam...
D'saji tu letaknya dlm bangunan As Safwa tower (hotel yg PDKM yg bersiaran)depan MH , bertentangan dgn pintu King Abdul Aziz
Wa'alaikumussalam,
Kalau begitu, dekat sangatlah dengan Masjidil Haram. Tidak perlu berjalan jauh bila perlu makan, ketika di masjid.
Terima kasih Ummi Humaira,
Wassalam.
Wa'alaikumussalam, En. Rozali,
Insya Allah boleh, makanan yang dijual di D'Saji sesuai untuk selera orang Asia Timur. Jika promosi berterusan dilakukan, insya Allah akan berjaya.
Kita berusaha sebaiknya, insya Allah aka dimakbulkan.
Wassalam,
Ipoh.
Catat Ulasan