TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 28 Jun 2010

Ulaman Dan Sayuran Kampung

By Idris Ismail Talu

Sayuran tradisi orang Melayu tidak pernah kurang di pasar-pasar tradisi mahu pun pasar modern seperti Tesco, Giant dan sebagainya. Penulis paparkan beberapa jenis ulaman dan sayuran kampung yang terdapat di Malaysia.


Bunga kantan, rencah wajib dalam kuah laksa tempatan, kecuali laksam Kelantan. Bunga kantan juga menjadi campuran wajib dalam sesetengah masakan asam ikan air tawar, seperti masak asam ikan patin, ikan baung dan ikan-ikan yang sejenis dengannya.

Bunga kantan juga menjadi bahan utama dalam nasi kerabu, nasi ulam dan nasi dagang yang cukup digemari di negeri-negeri Pantai Timur.


Pucuk paku pula biasanya digoreng dengan ikan bilis atau udang kering. Ada juga peminat pucuk paku membuat sayur lemak pucuk paku yang juga biasanya bercampur udang kering atau udang masin.

Pucuk paku juga sesuai dibuat kerabu dengan dicampurkan dengan isi kerang yang telah direbus bersama taugeh kacang hijau serta sedikit kerisik kelapa.

Ada juga penggemar pucuk paku mencampurkan rebusan pucuk paku bersama rebusan kangkung, taugeh kacang hijau dan sayuran lain sebagai pecal. Pecal, sambal tumbuk cili kering bersama kacang tanah yang telah digoreng bercampur belacan (terasi) serta sedikit air asam jawa (tamarind) dicampurkan secara samarata (serasi) dengan bahan-bahan rebusan tadi.

Makanan yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa ini, kini telah diminati oleh semua kaum di Malaysia.


Ulaman pegaga, biasanya dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa parut. Pegaga kini sudah cukup terkenal sebagai tumbuhan herba yang pelbagai guna. Ekstraknya telah diproses untuk dijadikan minuman herba dan dipasarkan ke seluruh dunia.

http://idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran