TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 23 Jun 2010

Muka Hadapan Utusan Melayu 3 September1949


Akhbar yang telah banyak berjasa membuka minda orang Melayu sehingga membawa dan menyatukan seluruh umat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bersatu berjuang untuk memerdekan tanah air mereka dari belenggu penjajahan.

Sebelum Utusan Melayu diterbitkan, persuratkhabaran berbahasa Melayu dikuasai oleh pemodal-pemodal berketurunan Arab. Pemodal-pemodal ini kurang menghayati perjuangan umat Melayu yang terdiri dari pelbagai kelompok mengikut tempat asal mereka, seperti Melayu Banjar, Melayu Bugis, Melayu Minang, Melayu Patani, Melayu Riau, Melayu Acheh dan pelbagai kelompok lagi.

Sebelum Utusan Melayu diterbitkan, akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang sedia ada kurang terlibat dalam usaha penyatuan perjuangan politik Melayu untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah.

Akhbar Utusan Melayu telah menyatukan usaha politik keMelayuan secara menyeluruh dalam usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan, walau pada dasarnya aktivis-aktivis dalam Utusan Melayu datang dari pelbagai jenis kelompok atau puak politik.

Gambar di atas ialah sebahagian dari muka hadapan akhbar Utusan Melayu keluaran hari Sabtu 3 haribulan September 1949, bersamaan 10 Zulqaedah 1368 Hijriah. Pada masa ini, harganya masih tetap 10 sen senakhah.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran