TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 18 Jun 2010

Perpustakaan Minangkabau Penulis

By Idris Ismail Talu

Sambungan senarai buku yang berkaitan dengan Minangkabau atau yang ditulis oleh penulis yang berasal dari Minangkabau.


Nama buku: Nasab Ibu Dan Merantau
Nama Asal: Matriliny and Migration, Evolving Minangkabau Traditions in Indonesia.
Penulis: Prof. Dr. Tsuyoshi Kato.
Penterjemah: Dr. Azizah Kassim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
ISBN 983-62-0560-8

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini membicarakan tentang kedudukan nasab ibu dan juga budaya merantau di kalangan warga Minangkabau di Sumatra Barat. Ramnai penyelidik membuat ramalan bahawa kedudukan nasab ibu ini akan bakal pupus.

Prof Dr Tsuyoshi Kato telah membuktikan melalui penyelidikannya bahawa unjuran ramai itu tidak benar. Sistem nasab ibu tidak akan pupus, tetapi terus wujud dengan pengubahsuaian yang selaras dengan masa dan ketika.

Nama buku: Masih Ada Harapan.
Penulis: Dr Saafroedin Bahar & Ir. Mohammad Zulfan Tadjoeddin.
Penerbit: Yayasan Sepuluh Agustus & Yayasan Citra Pendidikan Indonesia, Jakarta.
Tahun terbit: 2004.
ISBN: 979-3480-04-1

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini secara keseluruhannya, menerangkan kedudukan semasa etnik Minangkabau di Sumatra Barat yang mempunyai segala keperluan sumber untuk terus maju dalam kehidupan bernegara. Walau pun banyak halangan yang berbentuk macro dan juga mikro, sesuatu kelompok etnik yang kreatif dan innovatif bisa terus wujud dan berkembang maju.

Pengarang-pengarang buku ini optimistik etnik Minangkabau mampu berada di dalam arus perdana dalam menentukan kejayaan Sumatra Barat serta Indonesia secara keseluruhannya.

Buku ini merupakan pemberian ikhlas dari pengarangnya, Dr. Saafroedin Bahar kepada penulis – terima kasih.



Nama buku: Syekh Burhanuddin dan Islamisasi Minangkabau.
Penulis: Drs. H. Dusuki Samad, M.A.
Penerbit: The Minangkabau Foundation Atas Bantuan Yayasan Pengembangan Ekonomi dan Kesejahteraan Masyarakat Jakarta.
Tahun terbit: 2002.
ISBN: 979-9480-16-7

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini menjelaskan tentang Syekh Burhanuddin, yang meliputi riwayat hidupnya, tentang buah fikirannya, tentang halatuju perjuangan hidup beliau serta usaha kerasnya membawa masyarakatnya kembali kepada dasar-dasar Islam yang sebenarnya lagi murni.

©idrisismailtalu@2010

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran