Sumber: Mingguan Malaysia Online.
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI, utusanterengganu@utusan.com.my
Tarikh: 29 August 2010.
KUALA TERENGGANU 28 Ogos - "Cukuplah juadah yang ala kadar sahaja untuk berbuka dan bersahur, kurma sebiji pun cukup mengenyangkan kerana apa yang penting ialah perasaan seronok untuk menunaikan ibadat tersebut," kata Fatin Noraina Choo Abdullah yang baru pertama kali menunaikan rukun Islam ketiga itu.
Gadis itu begitu tenang dan tiada tanda-tanda keletihan akibat berpuasa ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Kompleks Darul Hidayah di sini, baru-baru ini walaupun ada setengah jam lagi untuk waktu berbuka puasa tiba.
Beliau berketurunan Cina merupakan penganut agama Buddha sejak 23 tahun lalu, memeluk Islam pada penghujung bulan Mei tahun ini.
Gadis yang berasal dari Machang, Kelantan itu berkata, dia amat gembira kerana dapat menjalani ibadat puasa tahun ini memandangkan sebelum ini, dia hanya melihat rakan Melayu menunaikan ibadat tersebut.
Katanya, dia tidak menyangka amalan berpuasa tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan apabila mencubanya.
"Sebelum ini saya juga takut untuk berpuasa, namun apabila kali pertama mencuba berpuasa, Alhamdulillah saya mampu menunaikannya dan ia amat menyeronokkan terutama apabila dapat berbuka bersama rakan-rakan.
"Juadah berbuka dan bersahur pula saya tidak kisah sangat, asalkan ada kurma cukuplah," ujarnya yang juga merupakan anak yatim piatu.
Menurut Fatin, dia berminat terhadap agama Islam sejak berusia 16 tahun apabila tinggal di asrama bersama pelajar Melayu.
Jelasnya, ketika itu dia gemar melihat rakannya membaca buku keagamaan sehingga timbul minatnya untuk membaca buku tersebut.
Tambahnya, walaupun hanya dia sahaja memeluk agama Islam, keluarganya tidak pernah menghalang tindakannya itu.
"Ibu dan ayah saya sudah lama meninggal dunia manakala tiga lagi adik-beradik saya masih beragama Buddha. Hanya bapa saudara saya yang memeluk Islam.
"Memandangkan saya mempunyai keluarga angkat di Besut, jadi saya banyak mempelajari ilmu agama dengan mereka dan keluarga saya tidak menghalang," jelasnya.
Bagi Mohd. Ali Abdullah, 43, yang merupakan bekas penganut agama Kristian, dia memeluk Islam kira-kira 10 tahun lalu dan mengakui pada mulanya terasa sukar untuk berpuasa.
Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia mengambil masa dua hingga empat tahun untuk menunaikan ibadat puasa penuh selama sebulan.
"Pada peringkat awal. saya memang susah untuk berpuasa memandangkan saya sebatang kara dan tidak mendapat sokongan keluarga.
"Namun setelah mendekatkan diri dengan pelbagai program yang disediakan Maidam, saya lebih yakin dan kuat semangat," ujarnya.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 28 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Foto ihsan Utusan. Oleh Azman Anuar , rencana@utusan.com.my Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar meninggal dunia pada 1990. ...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Harian Metro Malaysia Online . Tarikh siaran: 18 September 2010. Berita kematian M. Rajoli di akhbar. AMPANG: Pelakon dan pelawak,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan