TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 9 Ogos 2010

Friendly Dog At Sungai Palas

By Idris Ismail Talu

Baru-baru ini, penulis suami isteri dibawa oleh anak-anak ke Cameron Highlands untuk berehat sekeluarga. Dalam perjalanan ke Restoran Teh di Sungai Palas, Brinchang, kenderaan kami tersangkut di pertengahan jalan di dalam kawasan ladang teh tersebut. Ini berlaku kerana jalan ladang itu agak sempit, sesuai untuk laluan sebuah kenderaan sahaja pada sesuatu masa. Sedangkan pada hari itu, kenderaan pelancong agak banyak.

Biasanya pada hari-hari cuti, banyak kenderaan pelancong memasuki kawasan ladang teh Sungai Palas untuk menikmati rasa hidangan tehnya yang cukup khas itu. Dalam keadaan kenderaan yang tidak dapat bergerak itu, ramai pelancong keluar dari kenderaan masing-masing, termasuklah sekumpulan pelancong dari Barat ini.


Tiba-tiba, entah dari mana datangnya, seekor anjing yang agak manja dan jinak mendekati pelancong yang memegang bungkusan makanan ringan, seolah-olah meminta sedikit makanan tersebut. Nampaknya pelancong wanita itu rasa teruja dengan kedatangan anjing tersebut dan memberikan sebahagian dari makanannya kepada anjing yang manja itu.

Aksi seekor anjing meminta sedikit makanan dari seorang pelancong wanita di Ladang Teh Sungai Palas, Brinchang. Gambar ini dirakamkan oleh anak penulis.

Sampai habis makanan ringan di tangan, anjing masih menunggu.


http:idristalu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran