Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Perak contohi Grameen Bank kurangkan kemiskinan
Tarikh:2010/09/01
IPOH: Kerajaan Perak mencontohi kejayaan Grameen Bank di Bangladesh dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara itu menerusi program memberi pinjaman mikro kepada golongan wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menubuhkan Yayasan Bina Upaya (YBU) Disember tahun lalu, khusus untuk membantu golongan kurang berada daripada pelbagai kaum. Katanya, yayasan berkenaan bertindak melengkapi peranan agensi kebajikan sedia ada dan tidak melaksanakan program memberi wang tunai untuk bantuan sara hidup. Beliau yang juga Pengerusi YBU berkata, yayasan itu sudah memilih 50 golongan miskin tegar, iaitu mereka berpendapatan RM420 sebulan untuk menerima pinjaman mikro antara RM5,000 hingga RM20,000.
"Semua 50 penerima pinjaman mikro ini mempunyai pengalaman seperti menjual kuih atau bahulu, air tebu, pisang goreng dan nasi lemak, tetapi pendapatan mereka masih di bawah paras kemiskinan.
"YBU membantu mereka dengan memberi modal untuk membesarkan perniagaan sedia ada. Kaedah kita ialah memberi pancing, bukan memberi ikan," katanya kepada Berita Harian di sini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Khairul Azwan Harun.
Penyampaian pinjaman mikro, iaitu 50 penerima pertama itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pinjaman mikro YBU sama seperti konsep Grameen Bank, iaitu tanpa faedah dan tanpa cagaran.
Katanya, penerima pinjaman itu juga bebas untuk memilih jumlah yang akan dibayar semula sama ada secara mingguan atau bulanan.
"Penerima pinjaman bebas menentukan tarikh bila mereka mahu mula membayar pinjaman. Peminjam juga sudah dimaklumkan bahawa pemberian kewangan ini adalah pinjaman, bukan geran. Jadi, mereka mesti membayar semula walaupun dengan kadar yang rendah," katanya.
Khairul Azwan berkata, hanya 13 daripada penerima pertama pinjaman mikro itu berada dalam senarai E-Kasih, iaitu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala bakinya, 37 penerima adalah golongan miskin yang dikenal pasti sendiri oleh YBU.
Katanya, kebanyakan penerima pinjaman daripada YBU buat julung kali tinggal di kawasan bandar di daerah Kinta dan Kampar, iaitu golongan miskin bandar.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_PerakcontohiGrameenBankkurangkankemiskinan/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitk...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
By Idris Ismail Talu. Putat merupakan tumbuhan liar yang boleh ditemui tumbuh di kawasan tanah pamah atau tanah datar, tanah berbukit teruta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan