TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 22 Ogos 2010

Puding dan Agar-Agar Ramadhan

By Idris Talu.
Makanan berbentuk puding atau agar-agar memang cukup sesuai untuk dimakan ketika berbuka puasa kerana ianya lembut dan agak mudah dicernakan atau dihadhamkan..

Kali ini penulis ingin paparkan pelbagai jenis agar-agar dan puding yang penulis jumpai di Pasar Ramadhan Taman Perpaduan, Ipoh baru-baru ini.
Harga puding dan agar-agar di sini agak murah iaitu empat ketul atau potong baru berharga RM1.00 sahaja, bermakna sepotong berharga 25 sen sahaja.


Agar-agar pelbagai warna yang menawan hati pengunjung.

Puding putih yang menyelerakan.

Dalam pelbagai rasa dan warna yang menarik.

Pelbagai agar-agar dan puding disediakan.

Puding jagung.

Puding pandan yang wangi dan menyelerakan.

Agar-agar bercampur isi kelapa muda.

http://idristalu.blogspot.com/

2 ulasan:

Ummi Humaira berkata...

salam akhi Idris...

tengok N3 puding n agar2 di pagi hari cukup menyiksakan diri coz nk berbuka lambat lg.

selamat menempuhi Ramadhan Kareem di fasa kedua

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,

Mintak maaf ya Ummi Humaira, entri ini saya masukkan selepas Tarawih malam tadi.

Puding dan agar-agar memang cukup baik untuk berbuka sebab ianya lembut. Kalau boleh kita elakkan yang pedas dalam bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran