TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Rabu, 25 Ogos 2010

Malaysia minta UNESCO iktiraf Lembah Lenggong tapak warisan dunia

Sumber: Berita Harian Malaysia Online

Tarikh: 2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini meluluskan rancangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan supaya kawasan Lembah Lenggong di Perak dijadikan Tapak Warisan Dunia selepas Georgetown dan Melaka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Malaysia akan mengemukakan laporan dan cadangan kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tapak warisan.

Cycads di lereng bukit di Lenggong - yang telah wujud sebelum wujudnya dinosaur di alam ini merupakan salah satu bukti telah wujudnya kehidupan purba di Lembah Lenggong.

"Kabinet telah meluluskan rancangan kementerian ini untuk menjadikan Lembah Lenggong sebahagian tapak warisan dunia bagi dikaji oleh UNESCO dan diiktiraf sebagai tapak sejarah dan tapak yang penting dari segi warisan Malaysia sendiri.
"Sekiranya UNESCO bersetuju, kita akan beroleh satu tapak lagi di mana zaman paleolitik, neolitik dan gangsa dapat disatukan sejarahnya dan juga artifaknya di Malaysia," katanya di sini, hari ini.

Cycad tumbuhan purba masih wujud di Lenggong hingga kini.

Rais berkata, penemuan rangka manusia purba “Perak Man” di kawasan Lembah Lenggong adalah antara faktor yang akan menarik perhatian UNESCO untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.

Lagi tumbuhan Cycad di Lenggong.

"Kita akan mendapat satu tambahan daya tarikan kepada Malaysia selain menunjukkan tamadun di Malaysia sudah berkembang dan kemanusiaannya diterima sebagai fakta sejarah.

Muzium Arkeologi Lenggong.

"Yang ini baru dicadangkan kepada UNESCO...yang di Melaka dan Pulau Pinang sudah diterima. Jadi ini aspeknya sama tahap dengan Lembah Bujang, Kedah, tetapi di Kedah, isiannya berbeza, yang itu mengandungi artifak-artifak tamadun, tetapi di Lembah Lenggong, kita dapati artifak rangka manusia itu sendiri yang usianya sekitar 10,000 hingga 11,000 tahun yang lampau.

Berita-berita mengenai Lembah Lenggong di media cetak

"Bukan itu saja, di Lenggong kita dapati beberapa tapak yang mungkin dapat menonjolkan tamadun lama dan sebab itu kita memohon kepada Unesco untuk mengiktiraf kawasan ini sebagai kawasan warisan dunia, yang boleh dijadikan sebagai aspek penceritaan sejarah dan aspek penceritaan warisan," katanya.

Ditanya berapa tempoh masa untuk UNESCO memberikan jawapan terhadap cadangan Malaysia itu, Rais berkata, keputusan berkemungkinan selepas satu tahun.

Peta lokasi tempat-tempat bersejarah di Lenggong

"Tetapi gerak kerja itu dilangsungkan sekarang sampailah dalam tempoh 10 hingga 11 bulan dan laporan itu akan diteliti oleh pakar-pakar dunia yang berpusat di Paris.

Kerja-kerja arkeologi di Lenggong.

"Mereka akan buat keputusan sama ada persembahan kita menurut fakta sejarah atau keunikan aspek sejarah dan peninggalan arkeologi dapat dirumus sebagai tanda-tanda tamadun yang harus dikekalkan dan harus dipulihara," katanya. – Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiamintaUNESCOiktirafLembahLenggongtapakwarisandunia/Article

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran