TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Lenggong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lenggong. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

BIKE RIDE LENGGONG VALLEY

Kepada peminat "Bike Ride", Lenggong menawarkan peluang untuk anda menakluki Lembah Lenggong.

Klik pada gambar untuk membesarkannya.

Isnin, 24 Disember 2012

Dalam Perjalanan balik dari Lenggong Ke Ipoh



idris talu

Dalam perjalanan balik dari kebun di Lenggong ke rumah di Ipoh, penulis menemui “nasihat cantik” ini di pinggir jalan raya.



Kalau nak maut, silalah pecut!

Semoga dengan adanya nasihat ini, ianya akan menginsafkan para pemandu kenderaan.


Selasa, 14 Disember 2010

Desa Air Ibol

By Idris Ismail Talu.

Kampung Air Ibol atau juga dikenali sebagai Desa Ibol merupakan penempatan semula penduduk-penduduk yang tanah atau rumah mereka yang terlibat dengan pembinaan jalanraya baru Kuala Kangsar ~ Gerik.

Difahamkan kebanyakan mereka yang terlibat datangnya dari Kampung Bukit Nangka, Kampung Gelok dan kampung-kampung yang berdekatan. Penempatan ini merupakan lokasi yang cukup indah dan menarik, di tepi Sungai Ibol atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Air Ibol, malah biasa juga disebut sebagai Airboh saja.

Di kiri dan kanan Sungai Ibol ini pernah dijadikan kem sementara oleh tentera British, Australia dan New Zealand yang membantu negara kita menumpaskan kumpulan pengganas komunis yang bergerak bertaburan di dalam hutan di sekitar daerah ini.

Pada sebelah kiri Sungai Ibol ini pernah dibina satu airstrip (landasan terbang) yang kecil untuk pendaratan pesawat-pesawat ringan tentera dalam usaha membantu gerakan tentera di hutan.


Papan tanda nama kampung yang diletakkan di tepi jalan masuk ke kampung ini.

Sungai Ibol yang jernih airnya.





















Terdapat sebuah surau yang sederhana besarnya di kampung ini.

Salah sebuah rumah penduduk Desa Ibol.

Pokok asam gelugor di tepi Sungai Ibol.

Pucuk sentang yang menjadi ulam kegemaran penduduk di sini.

http://idristalu.blogspot.com/

Khamis, 9 Disember 2010

Jana pendapatan penduduk Lenggong

Foto ihsan Skill-Tech.

Bersesuaian dengan Lenggong sebagai pusat akuakultur dan homestay, Institut Skil-Tech memilih daerah ini untuk dibangunkan serta di promosi kepada masyarakat.

Pembinaan laman sesawang dan pusat informasi pelancongan adalah medium yang dihasilkan oleh Skill-Tech dalam membantu MDL memperkasakan industri pelancongan serta perikanan daerah.

Pengarah kewangannya, Ahmad Bashiruddin Othman berkata, sebagai institusi pertanian swasta yang berpusat di Melaka, pihaknya mempunyai misi dan visi untuk memastikan Lenggong dapat dibangunkan, malah dalam masa sama menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

"Kami juga membuka peluang kepada anak-anak muda di daerah ini yang berminat dalam sektor pertanian untuk melanjutkan pelajaran ke Skill-Tech kerana kami menawarkan 10 kursus berkaitan pertanian dengan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,” katanya.

Source: Sinar Harian Malaysia Online

Berperanan bangunkan Lenggong


Sebagai jabatan yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan aktiviti di Lenggong, Majlis Daerah Lenggong (MDL) menyambut baik pelaksanaan Lenggong Joran ini.

Setiausaha MDL, Nor Akmal Yang Ghazali berkata, sejajar dengan peranan majlis dalam hal pelancongan dan ekonomi penduduk, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membuka serta mempromosi Lenggong kepada masyarakat.


Menurutnya, pihaknya percaya untuk menjayakan pembangunan perlu ada kerjasama daripada pihak swasta.

“Lantaran itu, kerjasama Institut Skill-Tech untuk membangunkan Pusat Informasi Pelancongan Lenggong dan membina laman sesawang daerah Lenggong adalah salah satu usaha yang cukup baik dalam memastikan daerah ini menjadi satu lagi destinasi pelancongan negara,” katanya.

Nor Akmal berkata, dengan pelancaran laman sesawang dan pembukaan pusat informasi pelancongan di Lenggong, usaha yang lebih tersusun akan dilakukan bagi membawa pelancong datang ke kawasan ini.


“Saya yakin kita boleh memajukan produk pelancongan di sini dengan mendapat penglibatan semua pihak.

“Selepas ini, kami akan berbincang dengan lebih mendalam di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong supaya usaha yang digerakkan oleh Skill Tech dapat membangunkan industri pelancongan di kawasan ini,” katanya.:

Promosi sukan memancing

Memandangkan :Lenggong adalah destinasi menarik dan Tasek Raban sebagai lubuk kaki pancing, Joran Lenggong merupakan program yang relevan dianjurkan.

Presiden Persatuan Memancing Malaysia, Ridzuan Ghazali berkata, satu ketika dahulu Tasek Raban adalah destinasi yang cukup terkenal kepada kaki pancing di seluruh negara.

Menurutnya, namun, sejak tidak ada tumpuan dan aktiviti dilaksanakan, destinasi itu semakin dilupakan.

“Oleh itu, hasil usaha dan cetusan Ahli Parlimen Lenggong untuk mengadakan Lenggong Joran, disambut baik serta bersedia memberi kerjasama bagi merealisasikan program ini,” katanya.

Ridzuan berkata, selaras dengan Kementerian Pelancongan yang ingin mempromosikan sukan memancing dalam kalangan masyarakat, program sebegini harus diteruskan dari semasa ke semasa.

"Diharap program ini akan menjadi tarikan utama dan identiti baru di Lenggong dan Perak khasnya,” katanya.

Source: Sinar Harian Malaysia Online

Lenggong destinasi pelancongan

LENGGONG: – Buat julung kalinya Lenggong Joran dan Expo Perikanan Lenggong akan diadakan di Tasek Raban Lenggong pada 10 hingga 12 Disember ini.

Program itu dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pelancongan; Majlis Daerah Lenggong; Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan dan mendapat kerjasama pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani serta jabatan peringkat daerah.

Program ini bertujuan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan khususnya kepada aktiviti memancing dan agropelancongan.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu dijangka akan menarik pelbagai lapisan kaki pancing kerana ia diuruskan oleh Persatuan Pemancing Malaysia (PeMP) sebagai urus setia Teknikal Lenggong Joran.

Menurutnya, dengan penganjuran program itu, beliau yakin ia mampu melonjakkan nama Tasek Raban Lenggong terutama dari segi pelancongan.


"Program ini akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti memancing, sukan air, pertandingan bintang kecil, forum perdana, Lenggong Trithlon, memasak, gubahan dan pelbagai lagi," katanya.

Shamsul Anuar berkata, orang ramai juga berpeluang melihat pelbagai pameran yang disediakan oleh agensi kerajaan dan gerai jualan produk terutama melibatkan industri perikanan.


"Ekspo ini akan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Negeri (Fama) serta agensi lain," katanya.

Manakala, setiausaha program, Redzuan Amir Hamzah berkata, diharap penganjuran program itu akan menarik perhatian orang ramai untuk datang ke Lenggong.:

Menurutnya, program itu turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah antaranya, motosikal dan bot memancing.

“Manakala pemancing yang menang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM29,100.

“Pelancaran program ini akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian Industri Asas Tani pada Sabtu ini, jam 4 petang dan penutup oleh Timbalan Menteri Pelancongan pada Ahad, jam 2 petang,” katanya.

Redzuan berkata, pada program itu, laman sesawang pelancongan Lenggong dan Pusat Informasi Pelancongan Lenggong akan dilancarkan.

"Diharap projek yang diusahakan oleh Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong dan Institut Skill-Tech yang diberi tanggungjawab mempromosi Lenggong melalui laman sesawang akan dibangunkan.


“Ini kerana Lenggong mempunyai pelbagai produk agropelancongan, warisan sejarah, tempat rekreasi, produk dan makanan yang berpotensi menjadi tarikan utama kawasan berkenaan,” katanya.

Source: Sinar Harian Malaysia Online

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran