Sumber: Utusan Malaysia Online.
Tarikh & masa: 13/08/2010 4:20pm
KUALA LUMPUR 13 Ogos Malaysia yakin mencapai sasaran pelaburan RM40 bilion pada tahun ini, iaitu peningkatan RM8 bilion berbanding RM32 bilion pada 2009, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagi tempoh enam bulan pertama, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan RM13.2 bilion jumlah, katanya.
Daripada jumlah itu, RM7.5 bilion atau 56.8 peratus adalah dari pelaburan langsung asing dan RM5.7 billion atau 43.2 peratus adalah dari pelaburan domestik, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2010 hari ini.
MIDA juga meluluskan 455 projek bagi tempoh enam bulan pertama yang melibatkan sektor elektrik dan elektronik (RM3.3 bilion), logam fabrikasi (RM605.9 juta) dan peralatan pengukuran dan saintifik (RM554.4 juta), katanya.
Antara tiga negara penyumbang terbesar kepada pelaburan langsung asing termasuk Singapura sebanyak RM2.9 bilion, Jepun (RM722.6 juta) dan Switzerland (RM537.8 juta).
Mustapa berkata, MITI telah menggerakkan jentera bagi mempromosikan pelaburan dalam dan luar negara bagi meningkatkan pelaburan bagi tempoh kedua tahun ini.
"Kita telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara seperti New Zealand, Pakistan, Jepun dan Chile.
"Kami juga sedang berbincang dengan negara-negara lain seperi Australia, Turki, India, Bangladesh dan Kesatuan Eropah.” katanya.
Selain itu, MITI sedang berbincang secara agresif dengan syarikat Korea Selatan bagi menambah pelaburan di Malaysia. – Bernama
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu It is not a surprised any more, Malaysian palm dates can bare fruits now. This amazing record took place in 1985 and it happen...
-
By Idris Talu Taman Gunung Lang is one of city attractions in Ipoh. Almost three km from city center, can be reached through Kuala Kangsar ...
-
By Idris Talu We planned to visit an Orang Asli village nearby (almost an hour boat ride). We had a small gathering as induction meeting as ...
-
By Idris Talu Pada pagi hari yang keempat di Johor Bahru. Sarapan di Johor Bahru. Sarapan pagi. Haji Mustaffa, Sdr Mohd Kahar dan Sdr Abu Ba...
-
By Idris Talu Welcome to Ulu Kenas. Situated in Kuala Kangsar district. We have to take Kuala Kangsar-Manong route to reach there. How to g...
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Pagi hari yang kedua berada di Johor Bahru, selepas solat Subuh, penulis mula mengambil gambar di sekeliling Hotel Selesa. Pen...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan