TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 7 November 2009

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi OUM Perak 2009

By Idris Talu

Malam tadi, 07 November 2009, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2009 untuk bersilaturrahim dan meraikan kejayaan siswa-siswa OUM dari seluruh negeri Perak yang telah menamatkan pengajian mereka.

Majlis berlangsung di Dewan Banquet, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, di Ipoh.

Di antara tetamu khas yang hadir ialah Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Kidin bin Shahran, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, OUM dan YB Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.








Pengarah OUM Perak, En. Richard Ng mengalu-alukan para jemputan dan siswazah yang bakal menghadiri Majlis Konvokesyen di Kuala Lumpur minggu depan.

YB Dato' Hasbullah bin Hj Osman, selaku Pengerusi Jawatankuasa dan juga graduan yang bakal konvo minggu depan, berucap meraikan tetamu.

Rupa-rupanya YB Dato' juga ada bakat menyanyi - menghiburkan tetamu semasa sesi karaoke.

Tetamu, YBhg. Prof. Dr. Mohd Kidin bin Shahran, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi OUM.

Exco Pelajaran Kerajaan Negeri Perak, YB En Mohammad Zahir bin Abdul Khalid bersama En. Richard Ng, Pengarah OUM Perak dan tetamu menikmati hidangan malam tadi.

MC malam tadi.

Penulis mencabut nombor bertuah para graduan dan tetamu.

Salah seorang penerima hadiah cabutan bertuah.

Lagi seorang tetamu bertuah.

Sdr Kinsi pun bertuah juga malam tadi.

Persediaan untuk sesi bergambar.

Sebahagian dari siswa-siswa yang telah tamat pengajian dan bakal konvo minggu depan bergambar bersama-sama tetamu kehormat dan tenaga pengajar OUM di Majlis Makan Malam Pra-Graduasi OUM Perak 2009.

Tamat sesi bergambar.


Penulis, sebagai salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, OUM Perak, mengucapkan tahniah kepada semua siswa OUM yang telah berjaya melalui alam pengajian hingga bergelar siswazah!

Seperti biasa, motivasi penulis kepada siswa, selesai ijazah pertama, teruslah mendaftar untuk ke peringkat sarjana. Jangan tunggu lama-lama.

©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran