Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 09 Oktober 2010.
Oleh MOHAMAD FAISOL KELING
Tindakan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam rundingan perdagangan membentuk rakan kerjasama AS di rantau Asia Pasifik iaitu Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP) pada 6 Oktober lalu adalah satu kejayaan yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia, serantau dan antarabangsa.
Realitinya sejak Disember 2009, Presiden AS, Barack Obama telah memberi tumpuan membangun dan memulihkan ekonominya melalui pendekatan perjanjian perdagangan yang diperkembangkan kepada negara-negara dengan kekuatan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik.
Malaysia adalah sebuah negara yang dipilih dan kesungguhan Obama itu dapat dilihat apabila White House melalui Wakil Perdagangan AS, Ron Kirk memaklumkan kepada Kongres mengenai cadangan menyenaraikan Malaysia sebagai rakan kerjasama di rantau Asia Pasifik.
Asia Pasifik merupakan sumber ekonomi yang dapat membantu AS memulihkan ekonominya yang parah sejak awal 2008 berikutan krisis ekonominya.
Sedar atau tidak, krisis ekonomi AS ini secara tidak langsung membuka peluang kepada hubungan diplomatik yang strategik dan hubungan bersifat kebergantungan antara AS dengan Malaysia.
Kejayaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meraih kepercayaan dan keyakinan ini hakikatnya mempunyai 'kesinambungan dan kebergantungan keperluan' dengan Obama. Ia juga menunjukkan kedua-dua pemimpin berada di landasan yang sama untuk memacu dan membawa hala tuju negara ke arah pembangunan dan kemakmuran.
Kebergantungan keperluan Malaysia terhadap kepentingan AS dapat dianalisa dengan perubahan yang dibawa oleh Najib dalam pentadbiran, pembangunan negara dan masyarakat.
Pembaharuan itu merupakan visi ke arah nafas baru dalam membawa rakyat Malaysia bergerak ke arah penyatuan, kesaksamaan dan hubungan yang harmoni.
Justeru, ia telah mempengaruhi Najib untuk bekerja keras dan mempelbagaikan pendekatan dalam mengembalikan keyakinan dan pembaharuan agar Malaysia berada dalam keadaan yang lebih stabil dan kukuh di peringkat tempatan, rantau dan rantarabangsa.
Senario yang sama turut dilalui oleh Obama yang meniup angin perubahan (Wind of Change) kepada rakyat AS selepas dilantik sebagai Presiden AS ke-44 pada 20 Januari 2009. Obama terpaksa membawa perubahan akibat kelemahan George W. Bush bagi meningkatkan pembangunan dan kestabilan rakyat AS.
Melalui hubungan rapat Malaysia-AS, Obama dilihat yakin dengan kemampuan dan kejayaan Malaysia membawa pembaharuan dan pembangunan dengan menggunakan pendekatan kesederhanaan bagi memimpin negara yang didiami pelbagai bangsa.
Sekiranya kita melihat dengan mendalaman di AS, Obama juga bertanggungjawab dalam membawa kestabilan dalam hubungan antara kepelbagaian kaum di AS seperti hubungan antara kulit putih dengan kulit hitam yang merangkumi pelbagai masyarakat latar belakang seperti penduduk Asli Amerika, Afrika, Asia, Amerika Latin dan sebagainya.
Kejayaan Malaysia membawa kestabilan dalam negara yang berjaya memupuk kemakmuran dan kestabilan hubungan kaum adalah sesuatu yang unik dan turut mempengaruhi dasar AS terhadap Malaysia.
Dari sudut lain, kegawatan ekonomi global yang melanda dunia pada awal 2008 telah memberikan satu bentuk cabaran yang besar kepada Najib dalam membawa perubahan kepada Malaysia. Kegawatan ekonomi dunia ini telah menyebabkan kedudukan ekonomi negara tergugat dan mempengaruhi beliau untuk bergelut mencari "jalan keluar" bagi menyelamatkan kestabilan ekonomi dan negara ketika negara lain semakin "rebah" termasuk kuasa besar AS.
Obama turut menggunakan pendekatan Malaysia melalui penyaluran sumber kewangan yang sistematik agar dapat melindungi ekonomi daripada "runtuh" secara keseluruhan dan memulihkan ekonomi dengan secara berperingkat. Tindakan Obama yang menggunakan pendekatan ini secara tidak langsung menunjukkan keyakinan AS terhadap Malaysia yang bukan hanya berjaya memulihkan ekonomi negara. Malah memberikan idea kepada AS untuk mengambil pendekatan seperti mana yang dilakukan oleh Malaysia.
Proses mempelbagaikan pendekatan pemulihan ekonomi yang diambil oleh Malaysia turut melibatkan dua kaedah iaitu kemasukan pelaburan asing dan pelaburan dari dalam negara. Ia juga merupakan senario yang turut dilakukan AS. Dalam memulihkan ekonominya Obama menggunakan "saluran" Malaysia yang walaupun hanya sebuah "negara kecil" tetapi merupakan antara negara utama dari beratus rakan dagang AS dan rakan terbesar AS di kalangan negara Asia Tenggara.
Sedar atau tidak sehingga 2006, Malaysia merupakan negara rakan dagang ke-10 terbesar AS. Namun krisis ekonomi AS dan global pada 2008 menyebabkan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 18 dan kini Malaysia menyasarkan untuk kembali aktif sebagai rakan dagangan ke-10 terbesar AS.
Melalui pengamalan dasar luar yang sederhana, Malaysia dilihat berjaya mengimbangi pengaruh antara kuasa besar AS tanpa meminggirkan kepentingan Rusia dan China. Hubungan yang baik dengan negara yang bakal muncul sebagai kuasa baru dan negara dari pelbagai benua seperti Jepun, Iran, Australia, India, Korea Utara, negara Asia Barat, negara Eropah, Amerika Latin dan sebagainya menjadi aset kepada Malaysia dalam meningkatkan keyakinan AS.
Peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan hubungan baik antara negara dunia turut menarik perhatian AS. Ia dapat dilihat dengan cadangan Malaysia mengenai penubuhan Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan yang dicetuskan pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-65 pada 29 September lalu. Cadangan itu mendapat reaksi positif dari AS dan pelbagai negara.
Melalui cadangan itu, ia secara langsung menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan aspek diplomasi, kerjasama yang erat, kestabilan politik dan ekonomi kemakmuran. Najib di PBB turut menggesa agar masyarakat dunia mengubah persepsi negatif terhadap Islam dan menyeru tindakan yang dapat menyekat fenomena Islamophobia di peringkat antarabangsa.
Malaysia turut menarik perhatian Negara Kesatuan Eropah dan Asia dalam Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Ke-8 pada 4-6 Oktober lalu dengan memberikan saranan buat kali kedua selepas di PBB untuk mewujudkan satu pergerakan kesederhanaan global ke arah melahirkan dunia aman, selamat dan adil. Di samping itu, Malaysia turut menggesa melakukan perubahan yang komprehensif ke atas institusi-institusi kewangan dunia termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Ia diikuti dengan gesaan membuka perdagangan bebas yang saksama, mengkaji strategi mengekang kemelesetan ekonomi dunia dan penjanaan kekayaan dunia yang lebih adil. Ini memandangkan kekuatan ASEM yang diwakili 46 buah negara, 60 peratus perdagangan global, 60 peratus penduduk dunia dan menguasai hampir 2 per 3 daripada keluaran negara kasar dunia. ASEM juga disertai dua buah gergasi ekonomi yang sedang giat membangun iaitu China dan India.
PENULIS ialah pensyarah di Kolej Undang-Undang
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan