Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 13 Oktober 2010.
KUANTAN 12 Okt. - Usia bukan penghalang bagi seseorang itu mencapai cita-citanya untuk berjaya dengan cemerlang dalam akademik walaupun pada umur mencecah setengah abad.
Pengorbanan dan kesungguhan menuntut ilmu meskipun pada usia 54 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Dr. Mohd. Ghani Awang berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengurusan Teknologi pada Majlis Konvokesyen Kelima Universiti Malaysia Pahang (UMP), di Gambang dekat sini bersama 1,030 graduan lain baru-baru ini.
Pada majlis konvokesyen tersebut, Mohd. Ghani merupakan graduan sulung UMP menerima Ph.D daripada Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Menurut Mohd. Ghani yang merupakan pensyarah kanan Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), beliau tidak pernah berputus asa dalam menuntut ilmu, malah ketika pengajian, pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan jantung.
''Saya menamatkan pengajian dalam keadaan tidak sihat setelah dua kali menjalani pembedahan jantung.
''Justeru, kejayaan ini sebenarnya saya ingin kembalikan dengan mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih membolehkan saya memotivasikan individu lain yang sedang membuat Ph.D untuk menamatkan pengajian mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, resipi kejayaannya adalah setiap hari beliau memperuntukkan masa sekurang-kurangnya satu jam untuk membuat penyelidikan dalam bidang yang dipelajarinya.
''Selain itu, kita perlu tahu secara menyeluruh mengenai penyelidikan kerana bagi saya untuk mendapatkan gelaran Ph.D memang sesuatu yang mencabar dan amat sukar.
Tambah Abd. Ghani, sokongan dan pengorbanan isterinya, Safinas Mohd. Sharif, 43, yang amat memahami dan sentiasa memberi dorongan sehingga menamatkan pengajiannya tidak akan dilupakan.
Selain itu katanya, dia juga bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat dan rakan sekerja yang sentiasa memberi semangat.
''Begitu juga dengan Naib Canselor UMP dan Pengarah PBMSK, Profesor Dr. Abdul Jalil Borham yang tidak pernah jemu memberi panduan untuk menyiapkan tesis," jelasnya.
Anak keempat dari tujuh beradik yang dibesarkan di Mersing, Johor itu memberitahu, beliau perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran, keluarga dan kerjaya dalam satu masa.
''Kita perlu membaca setiap hari, menelaah di dalam pejabat dan belajar pada malam hari di rumah," kata bapa kepada tiga putera dan tiga puteri itu.
Abdul Ghani yang mempunyai enam cahaya mata turut menasihati pelajar yang masih menuntut di menara gading supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu bagi mencapai objektif.
Sepanjang berkhidmat di UMP, Mohd. Ghani banyak mencipta kejayaan cemerlang khususnya dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Beliau sebelum ini pernah memperoleh pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2007 dan tersenarai sebagai projek penyelidikan terbaik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2007.
Di samping itu juga, Abdul Ghani turut mencipta Catatan Nota Format Ghani (CNFG) bagi membantu pelajar mendapatkan kaedah kemahiran orientasi belajar yang betul dan berkesan.
Source: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan