TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 8 Oktober 2010

Seminar nasib akhbar Melayu di UiTM esok.

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 08 Oktober 2010.

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam akan menganjurkan seminar khas bagi membincangkan hala tuju dan kelangsungan akhbar Melayu di negara ini.

Seminar yang akan diadakan Sabtu ini di Dewan Pusat Antarabangsa UiTM bermula pukul 8.30 pagi itu melibatkan dua sesi iaitu pagi dan petang serta beberapa ahli panel.

Ahli panel yang terlibat pada perbincangan sesi pagi ialah bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Seri Azman Ujang; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (Umes), Adi Satria Ahmad.


Tan Sri Dr. Nordin Kardi.

Sementara itu, ahli panel pada sesi petang ialah bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi; bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin; dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican.

Prof. Dr. Ahmad Murad Merican.

Moderator untuk seminar itu ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Dr. Rahmat Ghazali.

Akhbar Melayu merupakan wadah penyebar maklumat paling penting yang akan membentuk minda dan pendapat orang Melayu.

Tan Sri Zainuddin Maidin

Buktinya, pengaruh akhbar itu telah berjaya membakar semangat kebangsaan sehinggakan orang Melayu bersatu melalui 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946 dalam usaha menggagalkan Malayan Union.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran