By Idris Ismail Talu.
Lemuni juga dikenali sebagai “Lengundi”. Nama botanikal lemuni ungu ialah “Vitex Trifolia var Negunda”. Dikenali sebagai “rara” di Kepulauan Cook, “lalatahi” di Tonga, dan “namulega” di Samoa.
Pucuk muda lemuni ungu.Lemuni juga dikenali sebagai “Lengundi”. Nama botanikal lemuni ungu ialah “Vitex Trifolia var Negunda”. Dikenali sebagai “rara” di Kepulauan Cook, “lalatahi” di Tonga, dan “namulega” di Samoa.
Di Malaysia, akarnya direbus hingga mendidih, dicampur air sejuk sehingga “suam kuku” sesuai untuk dijadikan mandian bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Selain dari itu, helaian daun lemuni ungu yang telah dihancurkan, diperah airnya untuk dicampur ke dalam masakan nasi lemak yang disebut “nasi lemuni”. Nasi lemuni merupakan sejenis nasi lemak yang menggunakan persediaan herba dari daun lemuni ungu.
Nasi lemuni cukup terkenal di kalangan penduduk Pulau Pinang.
http://idristalu.blogspot.com/
2 ulasan:
salam akhi Idris...
ummi pernah masak nasi daun lemuni tu, tapi tak diperah , pucuknya diracik halus dan terus masak bersama beras... memang sedap..
Wa'alaikumussalam ya Ummi Humaira,
Ya diracik-racik daun lemuni itu, dan dicampur terus dalam masakan pun boleh. Yang penting khasiat herha lemuni itu meresap ke dalam nasi tersebut.
Kita cukup kaya dengan nasi khasiat herba, seperti nasi ulam dan nasi kerabu. Nasi ulam sahaja terdapat banyak variasinya. Campuran herbanya cukup pelbagai dan unik sekali.
Wassalam.
Catat Ulasan