TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 12 Oktober 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pada hari ini (12 Oktober) dalam tahun 1971, Shah Iran ketika itu, Mohammad Reza Pahlavi telah melancarkan majlis perayaan abad ke-25 tertegaknya Empayar Parsi. Upacara peringatan ini dilakukan di Makam Cyrus The Great, pengasas Empayar Parsi yang terletak di Pasargadae Iran.


Berdiri di sebelah kanan Shah Iran ialah isterinya, Farah Diva, sementara di sebelah kiri Shah ialah Putera Mahkotanya, Reza yang baru berumur 11 tahun ketika itu.

Kita semua maklum, Shah Iran telah digulingkan dari pemerintahannya, dan membawa diri ke Mesir, sehingga meninggal dunia di sana. Apa yang berlaku ke atas Empayar Parsi tidak mustahil berlaku ke atas "empayar-empayar" yang lain. Pepatah Melayu ada menyatakan, pelanduk boleh melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Peringatan yang baik buat kita semua.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran