TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 8 Oktober 2010

Seminar 3K beri peluang 300 peserta selami bakat, potensi majukan diri

Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh siar: 08 Oktober 2010.

3 ikon usahawan kongsi rahsia
Oleh Syed Azwan Syed Ali, syedazwan@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Tiga ikon usahawan tempatan akan berkongsi idea dan pengalaman kejayaan mereka dalam Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) yang akan diadakan di sini, pada 24 Oktober ini. Mereka ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr Maznah Hamid; jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan pakar motivasi kewangan, Abang Abu yang lebih dikenali dengan panggilan ‘mekanik wang’. Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) dicetuskan melalui buku tulisan Maznah menggunakan tajuk sama, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disusuli klinik keusahawanan yang diikuti interaksi langsung peserta dengan tiga usahawan terbabit.


Seminar itu yang dijangka dihadiri 300 peserta bertujuan membongkar rahsia kejayaan dengan menyelami bakat dan potensi diri, membina keyakinan serta melipatgandakan keuntungan perniagaan melalui pembinaan jenama.

“Setiap individu, tidak kira ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang kurang bernasib baik berpotensi berjaya. Apa yang penting bagi mereka adalah memilih bidang perniagaan bersesuaian dengan nasihat dan tunjuk ajar betul,” kata Maznah di sini, semalam.

Maznah berkata, seminar itu terbuka kepada semua pihak termasuk golongan artis yang sentiasa berdepan dengan masalah kewangan terutama ketika zaman populariti mereka menurun selain sektor korporat yang boleh menaja golongan tidak bernasib baik seperti ibu tunggal dan OKU menyertai seminar itu.

Bayaran dikenakan cuma RM350 setiap peserta berbanding RM1,000 yang dikenakan bagi seminar seumpamanya.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3ikonusahawankongsirahsia/Article/index_html

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran